{"id":3360,"date":"2025-09-16T04:56:19","date_gmt":"2025-09-16T04:56:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3360"},"modified":"2025-09-16T04:56:19","modified_gmt":"2025-09-16T04:56:19","slug":"mic-masih-perhalusi-cadangan-sertai-pn-vigneswaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mic-masih-perhalusi-cadangan-sertai-pn-vigneswaran\/","title":{"rendered":"MIC masih perhalusi cadangan sertai PN: Vigneswaran"},"content":{"rendered":"<p>MIC tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), namun keputusan muktamad masih belum dicapai dan memerlukan perbincangan yang lebih teliti.<\/p>\n<p>Presiden MIC, S. A. Vigneswaran, menyifatkan pelawaan daripada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai satu bentuk \u2018merisik\u2019 atau pendekatan awal.<\/p>\n<p>\u201cKemungkinan kot. Ini sebelum meminang, bukan perkara kecil dan saya tidak mahu mengulas lanjut kerana ia harus diperhalusi.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan akan diambil dalam masa terdekat,\u201d jelas Vigneswaran dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan bahawa PAS dan Bersatu bukanlah musuh kepada MIC, walaupun tidak berada dalam pakatan yang sama.<\/p>\n<p>\u201cMIC pernah bekerja dengan kepimpinan kedua-dua parti ini dan tidak pernah ada masalah,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mengenai kenyataan Timbalan Pemuda MIC yang menghadiri majlis Armada Bersatu baru-baru ini, Vigneswaran menegaskan isu itu adalah hal dalaman Barisan Nasional (BN) dan telah dijelaskan kepada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.<\/p>\n<p>\u201cBeliau minta kita, jadi kita kena bercakap dengan dialah, bukan bercakap dengan media,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Tuan Ibrahim menyambut baik sebarang penyertaan parti atau NGO untuk bersama-sama PN dan memberi jaminan bahawa kedudukan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tidak akan terjejas.<\/p>\n<p>Vigneswaran juga menafikan dakwaan lawatan hormatnya kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak, adalah isyarat untuk meninggalkan BN.<\/p>\n<p>\u201cItu tidak benar. Kalau ada hal berkaitan BN, saya kena cakap dengan Datuk Seri Zahid, bukan dengan Datuk Seri Najib,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MIC tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), namun keputusan muktamad masih belum dicapai dan memerlukan perbincangan yang lebih teliti. Presiden MIC, S. A. Vigneswaran, menyifatkan pelawaan daripada Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, sebagai satu bentuk \u2018merisik\u2019 atau pendekatan awal. \u201cKemungkinan kot. Ini sebelum meminang, bukan perkara kecil dan saya tidak mahu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2715,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,377,951,1717],"authors":[],"class_list":["post-3360","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-mic","tag-pn","tag-s-a-vigneswaran"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3360","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3360"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3360\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3361,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3360\/revisions\/3361"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2715"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3360"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3360"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3360"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3360"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}