{"id":3369,"date":"2025-09-16T13:05:17","date_gmt":"2025-09-16T13:05:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3369"},"modified":"2025-09-16T13:05:17","modified_gmt":"2025-09-16T13:05:17","slug":"tun-faisal-tegur-sanusi-kesombongan-boleh-bawa-padah-seperti-firaun-dan-qarun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tun-faisal-tegur-sanusi-kesombongan-boleh-bawa-padah-seperti-firaun-dan-qarun\/","title":{"rendered":"Tun Faisal tegur Sanusi, kesombongan boleh bawa padah seperti Firaun dan Qarun"},"content":{"rendered":"<p>Ketegangan dalam kalangan pimpinan Perikatan Nasional (PN) semakin memuncak apabila Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menjawab kritikan sinis daripada Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor.<\/p>\n<p>Tun Faisal, melalui hantaran di media sosial, mengingatkan kepimpinan dalam Islam tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan kekayaan material atau kekuatan jentera.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan sikap takabbur dan cinta dunia boleh menghancurkan seorang pemimpin, sepertimana yang berlaku kepada Firaun dan Qarun.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin dan orang berharta sering terdedah kepada takabbur, ujub, lalai, kufur nikmat dan mungkir janji.<\/p>\n<p>\u201cInilah penyakit hati yang membawa kepada keruntuhan umat,\u201d jelas Tun Faisal.<\/p>\n<p>\u201cQarun binasa kerana ujub dengan harta, Firaun binasa kerana angkuh dengan kuasa. Harta dan bala tentera mereka tidak mampu menyelamatkan mereka daripada azab Allah,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut memetik pandangan Imam al-Ghazali, cinta dunia merupakan punca segala kerosakan hati.<\/p>\n<p>Menurutnya, pemimpin yang lupa bahawa kuasa dan hanyalah pinjaman sementara daripada Allah mudah terjebak dengan sifat sombong dan lupa daratan.<\/p>\n<p>\u201cTakabbur menjadikan pemimpin lupa asal usul, ujub menjadikan mereka kagum dengan diri sendiri tanpa menyandarkan kepada Allah,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Tun Faisal menekankan kepimpinan sejati terletak pada amanah, akhlak, dan kesedaran bahawa segala yang dimiliki adalah milik Allah.<\/p>\n<p>Beliau memberi amaran pemimpin yang bergantung pada kekayaan dan kedudukan semata-mata akhirnya akan kehilangan sokongan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin Muslim yang sedar kuasa dan harta hanyalah pinjaman Allah akan menunaikan tanggungjawab dengan adil.<\/p>\n<p>\u201cSebaliknya, mereka yang hanyut dengan penyakit hati akan menerima nasib seperti Qarun dan Firaun \u2013 mulia di dunia seketika, tetapi hina di sisi Allah,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Kenyataan beliau ini dilihat sebagai balasan secara halus terhadap kenyataan yang dilontarkan oleh Sanusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketegangan dalam kalangan pimpinan Perikatan Nasional (PN) semakin memuncak apabila Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menjawab kritikan sinis daripada Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor. Tun Faisal, melalui hantaran di media sosial, mengingatkan kepimpinan dalam Islam tidak boleh dinilai semata-mata berdasarkan kekayaan material atau kekuatan jentera. Beliau menegaskan sikap takabbur dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1721,71,1669,126,101,124,199],"authors":[],"class_list":["post-3369","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-jentera","tag-muhyiddin","tag-muktamar","tag-pas","tag-pru-16","tag-sanusi","tag-tun-faisal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3369","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3369"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3369\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3370,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3369\/revisions\/3370"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3369"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3369"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3369"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3369"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}