{"id":3374,"date":"2025-09-16T13:23:20","date_gmt":"2025-09-16T13:23:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3374"},"modified":"2025-09-16T13:23:23","modified_gmt":"2025-09-16T13:23:23","slug":"isu-logo-dan-calon-pm-takiyuddin-kata-majlis-tertinggi-pn-yang-akan-putuskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-logo-dan-calon-pm-takiyuddin-kata-majlis-tertinggi-pn-yang-akan-putuskan\/","title":{"rendered":"Isu logo dan calon PM: Takiyuddin kata Majlis Tertinggi PN yang akan putuskan"},"content":{"rendered":"<p>Takiyuddin Hassan menegaskan sebarang keputusan penting termasuk penggunaan logo pilihan raya dan pelantikan calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) hanya boleh diputuskan melalui Majlis Tertinggi gabungan itu.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS itu berkata kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini berhubung cadangan menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) dilihat sebagai mendahului proses yang ditetapkan dalam perlembagaan gabungan itu.<\/p>\n<p>\u201cDalam PN tidak ada besar kecil, tidak ada abang besar. Kita ada empat parti komponen dan semua adalah \u2018equal partner\u2019.<\/p>\n<p>\u201cJadi apa juga keputusan sama ada calon perdana menteri atau logo, mesti diputuskan dalam Majlis Tertinggi PN,\u201d jelas Takiyuddin ketika ditemui selepas media Muktamar Tahunan PAS Ke-71.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, beliau mendedahkan PAS pernah beberapa kali ditawarkan jawatan Pengerusi PN sebelum ini, tetapi menolaknya kerana melihat Muhyiddin lebih sesuai pada ketika itu.<\/p>\n<p>Namun, katanya, pendirian itu mungkin berubah.<\/p>\n<p>\u201cUntuk rekod, PAS sudah beberapa kali ditawarkan untuk menjadi Pengerusi PN. Sekarang kita menyatakan kita bersedia untuk diberikan peranan itu. Jika diminta kita boleh memimpin PN.<\/p>\n<p>\u201cMaknanya Presiden PAS akan menjadi Pengerusi PN,\u201d tegasnya sambil menekankan kekuatan PAS yang memiliki 43 kerusi Parlimen dan menerajui empat kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Terdahulu pada Isnin, Muhyiddin dilaporkan berkata PN belum memutuskan penggunaan logo bagi PRU16, namun beliau berharap logo sedia ada kekal digunakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Takiyuddin Hassan menegaskan sebarang keputusan penting termasuk penggunaan logo pilihan raya dan pelantikan calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional (PN) hanya boleh diputuskan melalui Majlis Tertinggi gabungan itu. Setiausaha Agung PAS itu berkata kenyataan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin baru-baru ini berhubung cadangan menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) dilihat sebagai mendahului proses [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3375,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1036,1712,71,126,951,693],"authors":[],"class_list":["post-3374","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-calon-pm","tag-logo","tag-muhyiddin","tag-pas","tag-pn","tag-takiyuddin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3374","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3374"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3374\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3376,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3374\/revisions\/3376"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3375"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3374"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3374"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3374"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3374"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}