{"id":3379,"date":"2025-09-16T13:36:30","date_gmt":"2025-09-16T13:36:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3379"},"modified":"2025-09-16T13:36:30","modified_gmt":"2025-09-16T13:36:30","slug":"jadi-bangsa-merdeka-jangan-terpedaya-dengan-scammer-dan-fitnah-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jadi-bangsa-merdeka-jangan-terpedaya-dengan-scammer-dan-fitnah-fahmi\/","title":{"rendered":"Jadi bangsa merdeka, jangan terpedaya dengan scammer dan fitnah: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil menyeru orang ramai, khususnya golongan belia, agar tidak leka dengan kemajuan teknologi digital sehingga menjadi mangsa penipuan dan berita palsu.<\/p>\n<p>Menurut Menteri Komunikasi tersebut, kemerdekaan yang sebenar perlu disertai dengan kebijaksanaan menangani cabaran semasa seperti ancaman penipu (scammer) dan penyebar fitnah.<\/p>\n<p>\u201cPada kala kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kita berkata bahawa kita adalah bangsa yang merdeka. Tapi (ia) tidak bermakna kalau kita terus dijajah oleh scammer dan pemfitnah,\u201d katanya semasa semasa merasmikan Program Jiwa Merdeka: Aspirasi Belia Madani di Butterworth hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi menekankan pentingnya sikap berhati-hati dan kritis ketika menggunakan internet dan media sosial.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan agar orang ramai tidak mudah percaya dengan kandungan tular yang disebarkan oleh pempengaruh di pelbagai platform.<\/p>\n<p>\u201cPermintaan saya, sila hati-hati. Bila kita membaca, menonton dan melihat perkara dalam media sosial, belum tentu benda yang kita lihat itu betul atau benar belaka.<\/p>\n<p>\u201cTidak pasti, jangan kongsi. Semak baru sebar,\u201d pesannya.<\/p>\n<p>Program anjuran J-KOM Pulau Pinang itu dihadiri lebih 1,000 belia dan menampilkan pelbagai aktiviti seperti e-sukan, wacana ilmiah, serta konvoi 200 motosikal membawa Jalur Gemilang.<\/p>\n<p>Fahmi turut menyampaikan anugerah kepada penerima dalam kategori kepimpinan, sukan, dan keusahawanan.<\/p>\n<p>Acara kemuncak program ialah kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM8,000.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil menyeru orang ramai, khususnya golongan belia, agar tidak leka dengan kemajuan teknologi digital sehingga menjadi mangsa penipuan dan berita palsu. Menurut Menteri Komunikasi tersebut, kemerdekaan yang sebenar perlu disertai dengan kebijaksanaan menangani cabaran semasa seperti ancaman penipu (scammer) dan penyebar fitnah. \u201cPada kala kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kita berkata bahawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1933,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[112,291,184,285,16,1725,1724],"authors":[],"class_list":["post-3379","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi","tag-fitnah","tag-komunikasi","tag-madani","tag-mcmc","tag-program-jiwa-merdeka","tag-scammer"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3379","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3379"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3379\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3380,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3379\/revisions\/3380"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1933"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3379"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3379"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3379"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3379"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}