{"id":339,"date":"2025-05-24T08:26:49","date_gmt":"2025-05-24T08:26:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=339"},"modified":"2025-05-24T08:26:49","modified_gmt":"2025-05-24T08:26:49","slug":"dulu-tak-ada-siapa-cakap-pasal-nepotisme-pun-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dulu-tak-ada-siapa-cakap-pasal-nepotisme-pun-anwar\/","title":{"rendered":"Dulu tak ada siapa cakap pasal nepotisme pun: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim tampil menjelaskan berhubung isu kritikan wujudnya nepotisme dalam PKR, ia susulan kemenangan anaknya Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden yang baharu.<\/p>\n<p>Presiden PKR itu semasa ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR hari ini berkata orang boleh mengkritiknya berhubung kedudukan isteri dan anaknya, tetapi jasa dan perjuangan mereka dalam menggerakkan reformasi sebelum ini tidak boleh dipertikaikan.<\/p>\n<p>Anwar mengimbas kembali detik getir ketika dia dipenjara.<\/p>\n<p>Anwar berkata pada waktu itu isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa memikul beban yang besar dengan mengambil alih tampuk kepimpinan PKR buat sementara waktu.<\/p>\n<p>\u201cPeople can say isteri, anak\u2026 tapi masa kita bertempur dulu, mana ada kongres. Masa saya masuk penjara, Azizah ambil alih. Masa tu tak timbul pun isu nepotisme,\u201d katanya ketika berucap di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk menyerahkan kepimpinan kepada Wan Azizah dibuat dalam keadaan terdesak, tanpa sumber kewangan mahupun jentera yang kukuh.<\/p>\n<p>\u201cSaya serahkan begitu saja, tiada dana, tiada jentera. Waktu itu tak ada siapa cakap pasal keluarga atau nepotisme. Saya hanya fikir siapa boleh pegang obor sementara saya dipenjara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tambah Anwar, keputusan tersebut dibuat dalam masa yang singkat dan dia sendiri tidak menyangka tempoh \u201csementara\u201d itu akan berlarutan selama bertahun-tahun.<\/p>\n<p>\u201cSaya dalam kedudukan sangat goyah, hanya ada beberapa jam atau hari sebelum masuk penjara. Kami semua sangka ia hanya beberapa bulan, tetapi rupanya bertahun,\u201d kata Anwar.<\/p>\n<p>Anwar turut berkongsi kisah anaknya, Nurul Izzah Anwar yang terpaksa meninggalkan universiti untuk menyertai perjuangan parti pada usia muda.<\/p>\n<p>\u201cIzzah dalam situasi itu terpaksa tinggalkan universiti dan digerakkan sebagai orang dewasa. Tapi masa tu, saya tak pernah dengar orang sebut nepotisme,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan bahawa pemilihan Nurul Izzah sebagai pemimpin parti adalah keputusan ahli, bukan atas kehendak dirinya.<\/p>\n<p>\u201cAzizah, ya, saya pilih masa itu. Tapi Izzah, saudara-saudara yang pilih. Jadi teruskan kerja,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Kenyataan ini hadir sebagai penjelasan terhadap sindiran atau kritikan sesetengah pihak yang mempersoalkan penglibatan ahli keluarganya dalam struktur kepimpinan PKR.<\/p>\n<p>Selain itu, Anwar turut menyeru agar isu seperti itu tidak terus diperbesarkan oleh ahli parti yang menurutnya sepatutnya lebih memahami sejarah dan pengorbanan yang telah dibuat.<\/p>\n<p>Nurul Izzah secara rasmi menang perebutan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR, menewaskan penyandangnya, Rafizi Ramli.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim tampil menjelaskan berhubung isu kritikan wujudnya nepotisme dalam PKR, ia susulan kemenangan anaknya Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden yang baharu. Presiden PKR itu semasa ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR hari ini berkata orang boleh mengkritiknya berhubung kedudukan isteri dan anaknya, tetapi jasa dan perjuangan mereka dalam menggerakkan reformasi sebelum ini tidak boleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":340,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,274,282,12,9,281],"authors":[],"class_list":["post-339","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-kongres","tag-nepotisme","tag-nurul-izzah","tag-pkr","tag-wan-azizah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/339","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=339"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/339\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":341,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/339\/revisions\/341"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/340"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=339"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=339"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=339"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=339"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}