{"id":3412,"date":"2025-09-17T08:06:22","date_gmt":"2025-09-17T08:06:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3412"},"modified":"2025-09-17T08:06:22","modified_gmt":"2025-09-17T08:06:22","slug":"sst-membebankan-persatuan-pengilang-gesa-kerajaan-pertimbang-laksana-gst","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sst-membebankan-persatuan-pengilang-gesa-kerajaan-pertimbang-laksana-gst\/","title":{"rendered":"SST membebankan, persatuan pengilang gesa kerajaan pertimbang laksana GST"},"content":{"rendered":"<p>Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) secara rasmi menggesa kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban kos dan kerumitan pematuhan yang dialami industri bawah sistem cukai sedia ada.<\/p>\n<p>Gesaan itu dibuat berikutan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang didapati membebankan banyak pengilang.<\/p>\n<p>Presiden FMM, Soh Thian Lai, berkata majoriti ahlinya memihak kepada sistem percukaian yang lebih telus seperti GST, yang dapat mengelakkan isu cukai berganda dan membenarkan syarikat menuntut semula kredit cukai input.<\/p>\n<p>\u201cMasalah utama yang dilaporkan oleh 59 peratus responden adalah peningkatan kos operasi akibat perkhidmatan yang baru dikenakan cukai, seperti perkhidmatan pembinaan dan sewaan,\u201d kata Thian Lai semasataklimat Tinjauan Keadaan Perniagaan Separuh Pertama 2025 di Wisma FMM hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menekankan hampir separuh daripada pengilang (44 peratus) melaporkan pelaksanaan SST yang diperluas telah memberi impak signifikan kepada operasi mereka, manakala 11 peratus lagi mengalami gangguan besar.<\/p>\n<p>Isu pematuhan juga membelenggu sektor pembuatan.<\/p>\n<p>Sebanyak 35 peratus syarikat melaporkan kesukaran menuntut pengecualian ke atas bahan mentah, manakala 35 peratus yang lain bergelut untuk menentukan klasifikasi cukai jualan yang betul bagi produk mereka.<\/p>\n<p>\u201cKerumitan ini ditambah lagi bagi 36 peratus syarikat yang menghasilkan barangan bercampur, menjadikan proses pematuhan lebih kompleks.<\/p>\n<p>\u201cMalah, sesetengah syarikat mengakui masih keliru mengenai klasifikasi produk di bawah peraturan baharu,\u201d tambahnya lagi..<\/p>\n<p>Sebagai langkah segera, FMM mengemukakan beberapa permintaan kepada kerajaan.<\/p>\n<p>Permintaan utama, disokong 65 peratus responden, ialah untuk memperluas pengecualian cukai ke atas input industri penting.<\/p>\n<p>Seterusnya, separuh daripada responden meminta keputusan klasifikasi produk yang lebih pantas dan jelas.<\/p>\n<p>\u201cIsu SST ini menambah lagi tekanan sedia ada, di mana pengilang juga sedang berdepan dengan kenaikan kos input dan kesan tarif perdagangan AS. Sokongan kerajaan dilihat amat kritikal pada masa ini,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Dengan 47 peratus syarikat menjangkakan keuntungan merosot, sektor pembuatan menghantar isyarat jelas bahawa rangka kerja SST semasa memerlukan kajian semula segera serta jangka panjang, termasuk kemungkinan kembali kepada GST untuk menjamin daya saing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) secara rasmi menggesa kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi mengurangkan beban kos dan kerumitan pematuhan yang dialami industri bawah sistem cukai sedia ada. Gesaan itu dibuat berikutan peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang didapati membebankan banyak pengilang. Presiden FMM, Soh Thian Lai, berkata majoriti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3413,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1734,493,1733,1732,1735,481],"authors":[],"class_list":["post-3412","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fmm","tag-gst","tag-industri","tag-pengilang","tag-soh-thian-lai","tag-sst"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3414,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3412\/revisions\/3414"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3413"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3412"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}