{"id":3439,"date":"2025-09-18T05:04:37","date_gmt":"2025-09-18T05:04:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3439"},"modified":"2025-09-18T05:04:37","modified_gmt":"2025-09-18T05:04:37","slug":"pembangunan-kg-baru-mesti-utamakan-kepentingan-orang-melayu-titah-sultan-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pembangunan-kg-baru-mesti-utamakan-kepentingan-orang-melayu-titah-sultan-selangor\/","title":{"rendered":"Pembangunan Kg Baru mesti utamakan kepentingan orang Melayu, titah Sultan Selangor"},"content":{"rendered":"<p>Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan Kampung Baru merupakan simbol kebangkitan dan maruah orang Melayu di ibu kota yang mesti dipelihara.<\/p>\n<p>Baginda menitahkan sebarang usaha pembangunan di kawasan bersejarah itu perlu dilakukan dengan teliti dan berhemah, dengan keutamaan mutlak diberikan kepada kepentingan masyarakat Melayu.<\/p>\n<p>\u201cBeta ingin memberi pandangan berhubung isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>\u201cSelepas membaca maklum balas daripada pelbagai pihak, Beta mahu agar isu ini dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu,\u201d titah baginda.<\/p>\n<p>Baginda mengingatkan semua pihak agar tidak melupakan sejarah panjang Kampung Baru, yang diwujudkan pada 1899 sebagai penempatan Melayu melalui kurniaan nenda baginda, Sultan Selangor Ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah.<\/p>\n<p>\u201cKampung Baru hasil kurnia nenda beta, itu maruah Melayu di Kuala Lumpur,\u201d tegas Sultan Sharafuddin.<\/p>\n<p>Baginda turut menyentuh ikatan peribadi dan sejarah mendalam dengan Kampung Baru, termasuk pernah menetap dan bersekolah di sana, malah<br \/>\nTengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin juga dilahirkan dan membesar di kawasan itu.<\/p>\n<p>\u201cBeta ingin mengimbas semula susur galur sejarah dan peristiwa penting orang Melayu yang telah berlaku di Kampung Baru dan harus dipelihara.<\/p>\n<p>\u201cIni kerana Beta sendiri pernah menetap dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda di Kampung Baru, ketika ayahanda Beta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Raja Muda Selangor. Allahyarham ayahanda kepada Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga lahir di Kampong Baru di mana Tengku Permaisuri sekeluarga tinggal dan membesar,\u201d titah baginda lagi.<\/p>\n<p>Sultan Sharafuddin seterusnya menyoroti peranan Kampung Baru sebagai nadi penting sejarah negara, termasuk menjadi lokasi Kongres Melayu SeMalaya 1946 yang mencetuskan penubuhan UMNO, serta menjadi tempat perlindungan masyarakat Melayu semasa tragedi 13 Mei 1969.<\/p>\n<p>Baginda juga menekankan komitmen untuk mengekalkan Masjid Jamek Kampung Baru di lokasi asalnya seperti yang dipersetujui sebelum ini.<\/p>\n<p>Titah baginda, warisan unik ini mesti dipertahankan untuk generasi akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan Kampung Baru merupakan simbol kebangkitan dan maruah orang Melayu di ibu kota yang mesti dipelihara. Baginda menitahkan sebarang usaha pembangunan di kawasan bersejarah itu perlu dilakukan dengan teliti dan berhemah, dengan keutamaan mutlak diberikan kepada kepentingan masyarakat Melayu. \u201cBeta ingin memberi pandangan berhubung isu pembangunan semula tanah di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3440,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1727,1750,461,305,1748,1749],"authors":[],"class_list":["post-3439","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kampung-baru","tag-maruah","tag-orang-melayu","tag-pembangunan","tag-sultan-selangor","tag-sultan-sharafuddin-idris-shah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3439","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3439"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3439\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3441,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3439\/revisions\/3441"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3440"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3439"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3439"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3439"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3439"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}