{"id":3445,"date":"2025-09-18T09:50:32","date_gmt":"2025-09-18T09:50:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3445"},"modified":"2025-09-18T09:50:32","modified_gmt":"2025-09-18T09:50:32","slug":"muhyiddin-juga-beri-rm10-juta-kepada-umno-semasa-prn-sabah-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-juga-beri-rm10-juta-kepada-umno-semasa-prn-sabah-tun-faisal\/","title":{"rendered":"Muhyiddin juga beri RM10 juta kepada UMNO semasa PRN Sabah: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Tun Faisal Ismail Aziz mendedahkanPresiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, pernah memberikan dana sebanyak RM10 juta kepada UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020.<\/p>\n<p>Menurut Ketua Penerangan Bersatu itu, pemberian dana tersebut dibuat ketika Muhyiddin masih menjawat jawatan Perdana Menteri dan Bersatu merupakan parti kerajaan dan menjelaskan PAS bukanlah satu-satunya parti yang mendapat bantuan kewangan daripada Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cWaktu Muhyiddin menjadi PM dan Bersatu jadi kerajaan, dia beri bantuan kepada sesiapa sahaja termasuk UMNO dan BN (Barisan Nasional), yang tidak bertanding di bawah bendera Perikatan Nasional dan yang (akhirnya) mengkhianati dia,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.<\/p>\n<p>Tun Faisal mendakwa permintaan bantuan tersebut datangnya daripada Setiausaha Agung UMNO pada masa itu, Annuar Musa.<\/p>\n<p>\u201cSemua calon PN menerima bantuan yang selayaknya daripada Muhyiddin.<\/p>\n<p>\u201cSerupalah macam dalam PRN Sabah dulu, apabila UMNO-BN tidak cukup dana untuk PRN dan Annuar Musa minta bantuan, setiausaha agung UMNO ketika itu diberi bantuan RM10 juta,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa wang tersebut kemudiannya diserahkan oleh seorang pembantu Annuar kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, di sebuah hotel di Sabah.<\/p>\n<p>Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, yang mendakwa pembiayaan Bersatu kepada PAS mengesahkan \u2018khabar angin\u2019 mengenai punca perpecahan kerjasama mereka dalam Muafakat Nasional (MN).<\/p>\n<p>Tun Faisal menambah, pemberian dana itu dibuat oleh Muhyiddin secara senyap walaupun menyedari terdapat khabar angin mengenai rancangan tertentu untuk mengkhianatinya.<\/p>\n<p>\u201cSemua bantuan dan dana ini Muhyiddin berikan secara senyap-senyap tanpa perlu merendah-rendahkan dan menghina sesiapa,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Pendedahan ini timbul ketika hubungan antara parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan Bersatu, dilihat semakin tegang berhubung isu dana dan kepimpinan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tun Faisal Ismail Aziz mendedahkanPresiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, pernah memberikan dana sebanyak RM10 juta kepada UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 2020. Menurut Ketua Penerangan Bersatu itu, pemberian dana tersebut dibuat ketika Muhyiddin masih menjawat jawatan Perdana Menteri dan Bersatu merupakan parti kerajaan dan menjelaskan PAS bukanlah satu-satunya parti yang mendapat bantuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1753,73,414,1311,199,146],"authors":[],"class_list":["post-3445","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-1753","tag-bersatu","tag-dana","tag-prn-sabah","tag-tun-faisal","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3445","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3445"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3445\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3446,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3445\/revisions\/3446"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3445"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3445"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3445"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3445"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}