{"id":3450,"date":"2025-09-18T10:07:01","date_gmt":"2025-09-18T10:07:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3450"},"modified":"2025-09-18T10:07:04","modified_gmt":"2025-09-18T10:07:04","slug":"ruu-pembaharuan-semula-bandar-dijangka-dibentang-oktober-ini-nga-kor-ming","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ruu-pembaharuan-semula-bandar-dijangka-dibentang-oktober-ini-nga-kor-ming\/","title":{"rendered":"RUU Pembaharuan Semula Bandar dijangka dibentang Oktober ini: Nga Kor Ming"},"content":{"rendered":"<p>Bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 dijangka dibentangkan pada 6 Oktober ini di Dewan Rakyat, setelah ditangguhkan pada 27 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Bil.1\/2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, baru-baru ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan akta baharu itu sangat penting untuk memastikan pembangunan semula kawasan usang dilakukan secara terancang, inklusif dan mampan.<\/p>\n<p>\u201cAkta (PSB) ini penting bagi memperbaharui kawasan usang secara terancang, lebih inklusif dengan ambang persetujuan berperingkat dan menyokong pembangunan bandar mampan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Selain RUU PSB, KPKT juga giat menjalankan sesi libat urus bagi penggubalan Akta Sewaan Kediaman serta pindaan kepada Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757).<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Kor Ming berkata sasaran unit Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan ditingkatkan dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menampung permintaan tinggi.<\/p>\n<p>Merujuk kepada status pelaksanaan perumahan mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), beliau memberitahu sehingga 30 Jun lalu, sebanyak 493,874 unit atau 98.8 peratus telah disediakan, manakala baki 6,126 unit disasarkan siap menjelang akhir tahun ini.<\/p>\n<p>Bagi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Nga berkata seramai 93,231 pemohon telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan dijamin mencecah RM22.14 bilion setakat 31 Julai lalu.<\/p>\n<p>\u201c67 peratus penerima adalah dalam kalangan pembeli rumah bernilai RM300,000 ke bawah, selari dengan agenda perumahan mampu milik kerajaan. Majoriti kelulusan diberikan kepada golongan B40,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menekankan kepentingan literasi kewangan dalam kalangan sasaran bagi meningkatkan akses pembiayaan dan amalan pengurusan kewangan yang lebih baik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bacaan kedua Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 dijangka dibentangkan pada 6 Oktober ini di Dewan Rakyat, setelah ditangguhkan pada 27 Ogos lalu. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) Bil.1\/2025 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, baru-baru ini. Beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3451,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[947,207,204,309,1449,1439,310],"authors":[],"class_list":["post-3450","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dewan-rakyat","tag-kpkt","tag-nga-kor-ming","tag-parlimen","tag-pembaharuan-semula-bandar","tag-psb","tag-ruu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3450","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3450"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3450\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3452,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3450\/revisions\/3452"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3451"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3450"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3450"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3450"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3450"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}