{"id":3465,"date":"2025-09-19T06:26:11","date_gmt":"2025-09-19T06:26:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3465"},"modified":"2025-09-19T06:26:11","modified_gmt":"2025-09-19T06:26:11","slug":"varian-covid-19-baharu-xfg-dikesan-di-malaysia-kkm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/varian-covid-19-baharu-xfg-dikesan-di-malaysia-kkm\/","title":{"rendered":"Varian Covid-19 baharu XFG dikesan di Malaysia: KKM"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan penularan varian Covid-19 baharu, dikenali sebagai XFG, di Malaysia.<\/p>\n<p>Varian ini dikesan daripada pemantauan terhadap 43,087 kes yang dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) ke-35\/2025, yang berakhir pada 6 September lalu.<\/p>\n<p>Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, varian XFG menyumbang kepada 8.2 peratus daripada jumlah kes tersebut.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan varian NB.1.8.1 kekal sebagai varian paling dominan dengan 39.4 peratus kes, diikuti oleh varian JN.1 (18.1%) dan XEC (13.3%).<\/p>\n<p>\u201cSecara kumulatif, sehingga ME35\/2025, sebanyak 43,087 kes dilaporkan berbanding 85,297 kes bagi tempoh sama pada 2024, iaitu penurunan 49.5 peratus,\u201d jelas beliau dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>\u201cKes mingguan pada ME35 adalah 594, penurunan sebanyak 12.8 peratus berbanding 681 kes pada ME34,\u201d tambah kenyataan itu lagi.<\/p>\n<p>Varian XFG, yang mula dikesan di Asia Tenggara pada Januari lalu, telah dikelaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai \u2018varian bawah pengawasan\u2019 ekoran penularannya yang pantas di peringkat global.<\/p>\n<p>Varian ini adalah hasil rekombinan dua subvarian Omicron, LF.7 dan LP.8.1.2, dan telah menjadi dominan di Indonesia.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, KKM melaporkan satu kematian baharu pada ME35\/2025 yang membabitkan seorang warga emas berusia 91 tahun.<\/p>\n<p>Ini menjadikan jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 tahun ini kepada tiga kes.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan penularan varian Covid-19 baharu, dikenali sebagai XFG, di Malaysia. Varian ini dikesan daripada pemantauan terhadap 43,087 kes yang dilaporkan sepanjang Minggu Epidemiologi (ME) ke-35\/2025, yang berakhir pada 6 September lalu. Menurut Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, varian XFG menyumbang kepada 8.2 peratus daripada jumlah kes tersebut. Beliau turut memaklumkan varian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3466,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1701,989,990,1760],"authors":[],"class_list":["post-3465","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-covid-19","tag-dr-dzulkefly-ahmad","tag-kkm","tag-varian"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3465"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3465\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3467,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3465\/revisions\/3467"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3466"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3465"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}