{"id":3491,"date":"2025-09-20T05:01:00","date_gmt":"2025-09-20T05:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3491"},"modified":"2025-09-20T05:02:04","modified_gmt":"2025-09-20T05:02:04","slug":"bung-dedah-punca-tolak-kerjasama-dengan-grs-berunding-dengan-hajiji-sukar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bung-dedah-punca-tolak-kerjasama-dengan-grs-berunding-dengan-hajiji-sukar\/","title":{"rendered":"Bung dedah punca tolak kerjasama dengan GRS, berunding dengan Hajiji sukar"},"content":{"rendered":"<p>Faktor utama UMNO-Barisan Nasional (BN) enggan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah disebabkan sukar untuk berunding dengan ketuanya, Hajiji Noor dan tawaran kerusi yang terlalu sedikit, dedah Bung Moktar Radin.<\/p>\n<p>Pengerusi UMNO Sabah itu menjelaskan rundingan menemui jalan buntu ekoran tawaran kerusi yang tidak memuaskan, malah isu sukar untuk kerjasama dengan GRS sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri, Anwar Ibrahim ada memanggil saya di Parlimen tanya saya. Adakah jalan untuk bekerjasama dengan Hajiji, saya cakap tidak&#8230; beri kami hanya lapan kerusi mana boleh.<\/p>\n<p>\u201cSusah berunding dengan GRS. Kerusi kita pun mereka mahu ambil termasuk enam kerusi bekas ahli UMNO yang melompat sebelum ini,\u201d katanya seperti dilapor media semasa program di Sabah.<\/p>\n<p>Bung Moktar juga akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan menegaskan UMNO akan bertanding di semua kerusi tradisinya dan mensasarkan kira-kira 40 kerusi melalui kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sebagai \u2018pertempuran terakhir\u2019 untuk membawa BN kembali memerintah negeri tersebut.<\/p>\n<p>Ujarnya, mesej itu sudah disampaikannya kepada semua pemimpin dan akar umbi parti bagi memastikan BN tidak lagi kekal sebagai pembangkang, sebaliknya kembali memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>\u201cLihat Parti Warisan, selepas Shafie (Mohd Shafie Apdal) tiada, Warisan habis. STAR bergantung kepada Jeffrery (Dr Jeffrey Kitingan), PGRS bergantung kepada Hajiji. Tapi UMNO lain, seorang ketua pergi, 20 akan ganti. Itu lainnya dan indahnya UMNO.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya beritahu UMNO Sabah, ini kita punya &#8216;last battle&#8217; dan saya melihat peluang UMNO dan BN sangat baik. Peluang ini tidak datang berulang kali,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Faktor utama UMNO-Barisan Nasional (BN) enggan bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah disebabkan sukar untuk berunding dengan ketuanya, Hajiji Noor dan tawaran kerusi yang terlalu sedikit, dedah Bung Moktar Radin. Pengerusi UMNO Sabah itu menjelaskan rundingan menemui jalan buntu ekoran tawaran kerusi yang tidak memuaskan, malah isu sukar untuk kerjasama dengan GRS sudah disampaikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":556,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1575,151,397,1572,103,102,146],"authors":[],"class_list":["post-3491","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bung-moktar-radin","tag-grs","tag-hajiji","tag-ketua-menteri","tag-prn","tag-sabah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3491","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3491"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3491\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3493,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3491\/revisions\/3493"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/556"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3491"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3491"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3491"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3491"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}