{"id":3502,"date":"2025-09-20T08:38:49","date_gmt":"2025-09-20T08:38:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3502"},"modified":"2025-09-20T08:38:49","modified_gmt":"2025-09-20T08:38:49","slug":"langkah-naikkan-cukai-tanah-di-p-pinang-membebankan-rakyat-mca-kritik-dap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/langkah-naikkan-cukai-tanah-di-p-pinang-membebankan-rakyat-mca-kritik-dap\/","title":{"rendered":"Langkah naikkan cukai tanah di P. Pinang membebankan rakyat, MCA kritik DAP"},"content":{"rendered":"<p>MCA Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri dipimpin DAP menarik balik kadar cukai tanah baharu yang diwartakan berkuat kuasa 1 Januari ini, dengan menyifatkan kenaikan antara 29 peratus hingga 200 peratus itu sebagai \u201ctidak sensitif dan terburu-buru\u201d.<\/p>\n<p>Pengerusi MCA negeri, Tan Teik Cheng memberi amaran bahawa langkah itu akan membebankan lebih 370,000 pemilik tanah termasuk kategori kediaman, pertanian dan institusi keagamaan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan kenaikan drastik ini tidak selari dengan keadaan ekonomi semasa dan bercanggah dengan janji Pakatan Harapan untuk meringankan kos sara hidup.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun ketua menteri mendakwa langkah ini tertangguh selama 31 tahun, masa dan skala kenaikan ini jelas sekali tidak selari dengan kesukaran ekonomi yang sedang dihadapi rakyat Pulau Pinang,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>\u201cIa juga bercanggah dengan janji Pakatan Harapan untuk meringankan kos sara hidup,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Kenaikan yang diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow itu melibatkan kategori perumahan luar bandar (127.27%), perumahan bandar (29.63%), industri bandar (151.94%) dan industri luar bandar (200.93%).<\/p>\n<p>Teik Cheng turut membangkitkan kebimbangan terhadap kenaikan kos pengeluaran makanan, rantaian bekalan daging tempatan, serta cukai minimum RM50 yang dikenakan ke atas masjid, rumah ibadat bukan Islam dan tanah perkuburan.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun kerajaan negeri menawarkan diskaun sementara bagi tempoh 2026 hingga 2028, ia tidak benar-benar menyelesaikan kebimbangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, petani kecil, serta organisasi keagamaan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>MCA mencadangkan kerajaan negeri membuat kajian semula yang menyeluruh dengan melibatkan komuniti terkesan, memberikan pengecualian yang lebih besar kepada petani kecil dan isi rumah berpendapatan rendah, serta menarik balik kadar RM50 ke atas rumah ibadat dan tanah perkuburan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan negeri perlu lebih terbuka kepada maklum balas, jika tidak ia berisiko dilabel sebagai pentadbiran yang angkuh dan tidak peka,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Sebagai respons, kerajaan negeri sebelum ini mengumumkan mekanisme rebat sebanyak 32.5% pada 2026, 20% (2027) dan 20% (2028) untuk mengurangkan beban kewangan pemilik tanah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MCA Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri dipimpin DAP menarik balik kadar cukai tanah baharu yang diwartakan berkuat kuasa 1 Januari ini, dengan menyifatkan kenaikan antara 29 peratus hingga 200 peratus itu sebagai \u201ctidak sensitif dan terburu-buru\u201d. Pengerusi MCA negeri, Tan Teik Cheng memberi amaran bahawa langkah itu akan membebankan lebih 370,000 pemilik tanah termasuk kategori [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3503,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[483,63,180,67,1770,1699],"authors":[],"class_list":["post-3502","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-cukai","tag-dap","tag-mca","tag-pulau-pinang","tag-tan-teik-cheng","tag-tanah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3502"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3502\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3504,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3502\/revisions\/3504"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3503"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3502"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}