{"id":3515,"date":"2025-09-21T04:53:16","date_gmt":"2025-09-21T04:53:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3515"},"modified":"2025-09-21T04:53:16","modified_gmt":"2025-09-21T04:53:16","slug":"pkr-batu-pertahan-tindakan-mcmc-denda-dua-media-supaya-lebih-bertanggungjawab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-batu-pertahan-tindakan-mcmc-denda-dua-media-supaya-lebih-bertanggungjawab\/","title":{"rendered":"PKR Batu pertahan tindakan MCMC denda dua media supaya lebih bertanggungjawab"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Cabang PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi, mempertahankan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mengenakan denda RM100,000 terhadap dua akhbar tempatan, Sin Chew Daily dan Sinar Harian.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan langkah itu adalah perlu bagi memperkukuh tanggungjawab dan etika kewartawanan dengan menyifatkan kesilapan yang dibuat dua media itu sebagai \u2018berbahaya\u2019 serta memberi kesan yang lebih merosakkan.<\/p>\n<p>\u201cMCMC tidak berniat menindas kebebasan bersuara, sebaliknya mahu menekankan peri pentingnya ketepatan dan tanggungjawab dalam industri media.<\/p>\n<p>\u201cKebebasan bersuara adalah asas demokrasi, tetapi ia tidak bermakna kebebasan untuk menyebarkan maklumat salah tanpa sebarang akibat,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau memberikan contoh kesilapan Sin Chew Daily yang menyiarkan Jalur Gemilang dengan elemen tidak lengkap, serta laporan Sinar Harian yang secara tidak tepat mendakwa Ketua Polis Negara sebagai ahli parti politik.<\/p>\n<p>\u201cKalau denda RM100,000 dianggap bahaya, maka kesilapan Jalur Gemilang itu sebenarnya bencana nasional. Ia menimbulkan kekecohan dan kekecewaan orang ramai. Itu jauh lebih berbahaya,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Asheeq menekankan kedua-dua kesalahan itu berpunca daripada kegagalan proses semakan fakta.<\/p>\n<p>Tindakan MCMC, katanya, adalah isyarat jelas bahawa kecuaian sedemikian tidak boleh diterima.<\/p>\n<p>\u201cMenuduh seseorang secara palsu jauh lebih berbahaya daripada denda yang dikenakan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan pegawai tertinggi polis.\u201d<\/p>\n<p>Beliau juga menambah denda tersebut dilaksanakan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan telah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara.<\/p>\n<p>\u201cDenda ini bukan untuk menyekat kebebasan media, tetapi untuk melindungi integriti maklumat yang sampai kepada rakyat. Media bebas, tetapi mesti lebih profesional,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Asheeq berharap kejadian ini menjadi peringatan kepada semua pihak media agar memperkukuh kawalan editorial dan mengekalkan kepercayaan awam dalam era digital yang semakin mencabar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Cabang PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi, mempertahankan tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang mengenakan denda RM100,000 terhadap dua akhbar tempatan, Sin Chew Daily dan Sinar Harian. Beliau menegaskan langkah itu adalah perlu bagi memperkukuh tanggungjawab dan etika kewartawanan dengan menyifatkan kesilapan yang dibuat dua media itu sebagai \u2018berbahaya\u2019 serta memberi kesan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3516,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1774,1416,1773,16,9,59,644],"authors":[],"class_list":["post-3515","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-asheeq-ali-sethi-alivi","tag-batu","tag-denda","tag-mcmc","tag-pkr","tag-sin-chew","tag-sinar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3515","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3515"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3515\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3517,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3515\/revisions\/3517"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3516"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3515"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3515"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3515"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3515"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}