{"id":3520,"date":"2025-09-21T09:06:33","date_gmt":"2025-09-21T09:06:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3520"},"modified":"2025-09-21T10:00:26","modified_gmt":"2025-09-21T10:00:26","slug":"prn-sabah-dijangka-diadakan-sebelum-november-hajiji-minta-bersabar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-sabah-dijangka-diadakan-sebelum-november-hajiji-minta-bersabar\/","title":{"rendered":"PRN Sabah dijangka diadakan sebelum November, Hajiji minta bersabar"},"content":{"rendered":"<p>Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan sebelum tarikh terbubar secara automatik pada 11 November ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) diadakan.<\/p>\n<p>Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor memberitahu pembubaran itu akan dilakukan tanpa bergantung pada keadaan atau ramalan cuaca, memandangkan tempoh DUN semasa sudah hampir tamat.<\/p>\n<p>\u201cItu Jabatan Kajicuaca (Met Malaysia), tapi kita yang menentukan. Kita tiada pilihan sebab tempoh DUN terbubar sendiri pada November ini.<\/p>\n<p>\u201cJadi, (pembubaran) mesti kita buat sebelum itu,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Konvensyen Mahasiswa Sabah di Dewan KDCA hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengakui cuaca tidak menentu dengan hujan berterusan di beberapa daerah, namun ia tidak akan menjejaskan keputusan untuk membubar DUN.<\/p>\n<p>\u201cMemang tidak lama lagi (DUN dibubarkan), sabarlah, tunggu. Kalau cuaca ini terang, kita bubarlah, tunggu cuaca baik nanti,\u201d ujarnya sambil berseloroh.<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Hajiji turut menyeru kepada hampir 970,000 pengundi muda supaya membuat pilihan yang bijak pada PRN nanti.<\/p>\n<p>Beliau menekankan pilihan raya ini sangat penting untuk menentukan masa depan dan kesinambungan pembangunan negeri.<\/p>\n<p>\u201cMasa depan Sabah terletak di tangan anda, jangan sia-siakan peluang ini. Sabah tidak boleh lagi ketinggalan, kita ada potensi yang besar untuk menjadi negeri maju dan berjaya. Inilah masanya, inilah ketikanya,\u201d tegas Hajiji.<\/p>\n<p>Beliau juga mempromosikan rekod pencapaian kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam bidang pendidikan, ekonomi, kebajikan, dan pelaburan.<\/p>\n<p>\u201cBuatlah pilihan terbaik, yang menjamin kesinambungan pembangunan, kestabilan politik, dan kesejahteraan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hajiji mengingatkan agar rakyat tidak mengulangi kesilapan lalu yang menyebabkan pembangunan negeri terencat dan projek terbengkalai.<\/p>\n<p>Menurutnya, PRN-17 adalah peluang untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat dan didominasi parti tempatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan dibubarkan sebelum tarikh terbubar secara automatik pada 11 November ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) diadakan. Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor memberitahu pembubaran itu akan dilakukan tanpa bergantung pada keadaan atau ramalan cuaca, memandangkan tempoh DUN semasa sudah hampir tamat. \u201cItu Jabatan Kajicuaca (Met Malaysia), tapi kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":825,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[549,409,151,397,1775,102],"authors":[],"class_list":["post-3520","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bubar","tag-dun","tag-grs","tag-hajiji","tag-prn-17","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3520","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3520"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3520\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3521,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3520\/revisions\/3521"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/825"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3520"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3520"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3520"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3520"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}