{"id":3524,"date":"2025-09-21T09:16:43","date_gmt":"2025-09-21T09:16:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3524"},"modified":"2025-09-21T09:16:56","modified_gmt":"2025-09-21T09:16:56","slug":"syarikat-pengangkutan-diminta-segera-daftar-subsidi-bersasar-petrol","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syarikat-pengangkutan-diminta-segera-daftar-subsidi-bersasar-petrol\/","title":{"rendered":"Syarikat pengangkutan diminta segera daftar subsidi bersasar petrol"},"content":{"rendered":"<p>Armizan Mohd Ali, menggesa semua syarikat pengangkutan awam dan barangan agar segera mendaftar di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan tidak menunggu sehingga saat akhir.<\/p>\n<p>Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata pendaftaran awal membolehkan syarikat menikmati manfaat subsidi petrol RON95 sebaik sahaja tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diumumkan oleh Kementerian Kewangan tidak lama lagi.<\/p>\n<p>Armizan berkata, bilangan pendaftaran setakat ini amat rendah berbanding anggaran kenderaan yang layak.<\/p>\n<p>Daripada anggaran 4,647 kenderaan di Sabah dan Sarawak, hanya 95 kenderaan telah mendaftar.<\/p>\n<p>\u201cJangan tunggu saat akhir. Kalau kita melihat dari segi proses, mendaftar dan memohon SKPS itu mudah.<\/p>\n<p>Kita merasakan kalau mereka daftar sekarang, KPDN boleh luluskan satu hari, bahkan satu jam pun boleh jika dokumen lengkap,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Mahasiswa Sabah hari ini.<\/p>\n<p>\u201cTetapi, proses yang selanjutnya apabila mendapat notifikasi kelulusan, mereka kena memohon fleet card daripada syarikat-syarikat minyak pilihan.<\/p>\n<p>\u201cJadi, perkara ini yang akan ambil masa,\u201d tambah beliau.<\/p>\n<p>Sehingga semalam, jumlah kumulatif permohonan SKPS di seluruh negara ialah 1,790 syarikat melibatkan 5,449 kenderaan, dengan hanya 249 kenderaan telah melengkapkan pendaftaran.<\/p>\n<p>Jumlah ini masih jauh daripada anggaran 100,000 kenderaan yang layak di seluruh negara.<\/p>\n<p>Armizan juga menekankan tidak seperti subsidi diesel yang dikekalkan di Sabah dan Sarawak, inisiatif penyasaran subsidi petrol RON95 ini akan dilaksanakan di seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cMungkin ada yang tidak jelas. Kemungkinan mereka merasakan sebagaimana diesel, untuk penyasaran subsidi petrol ini tidak terlibat untuk Sabah dan Sarawak,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan subsidi ini bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat pengangkutan, malah melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga petrol.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Armizan Mohd Ali, menggesa semua syarikat pengangkutan awam dan barangan agar segera mendaftar di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan tidak menunggu sehingga saat akhir. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata pendaftaran awal membolehkan syarikat menikmati manfaat subsidi petrol RON95 sebaik sahaja tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diumumkan oleh Kementerian Kewangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":362,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[427,916,74,76,1776,296],"authors":[],"class_list":["post-3524","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-armizan-mohd-ali","tag-diesel","tag-minyak","tag-petrol","tag-skps","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3524","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3524"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3524\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3526,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3524\/revisions\/3526"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/362"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3524"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3524"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3524"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3524"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}