{"id":3527,"date":"2025-09-21T09:57:23","date_gmt":"2025-09-21T09:57:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3527"},"modified":"2025-09-21T09:58:32","modified_gmt":"2025-09-21T09:58:32","slug":"dap-sedia-kerjasama-dengan-bn-dengan-syarat-kerusi-disandang-kekal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dap-sedia-kerjasama-dengan-bn-dengan-syarat-kerusi-disandang-kekal\/","title":{"rendered":"DAP sedia kerjasama dengan BN dengan syarat kerusi disandang kekal"},"content":{"rendered":"<p>DAP menyatakan kesediaannya untuk meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, bagaimanapun menjelaskan kerjasama itu perlu selari dengan prinsip semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dimenangi oleh parti itu sebelum ini dikekalkan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita bekerjasama dalam kerajaan perpaduan, kita tidak boleh bertembung antara satu sama lain.<\/p>\n<p>Maksudnya, kita perlu ada pembahagian kerusi yang jelas. Jadi, pembahagian kerusi ini mesti ada prinsipnya, iaitu mana-mana kerusi yang telah dimenangi oleh parti tersebut perlu dikekalkan oleh parti tersebut,\u201d tegasnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen DAP Negeri Sembilan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menekankan bahawa DAP komited untuk bekerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan dan akan berusaha memberikan yang terbaik, namun keputusan akhir terletak di tangan BN.<\/p>\n<p>Mengenai kerusi yang dimenangi oleh pembangkang, Anthony Loke menyatakan ia akan dibincangkan pada peringkat kepimpinan parti.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Seremban itu turut menempelak dakwaan mengatakan DAP menjadi punca keretakan antara BN dan MCA.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu campur, itu masalah antara mereka. Jangan kalau ada masalah, salahkan orang lain,\u201d ujarnya secara sinis.<\/p>\n<p>Loke menambah, DAP tidak meminta lebih daripada apa yang telah dicapai, malah berpegang teguh pada prinsip kerjasama yang menjamin kestabilan dan kejayaan pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>DAP menyatakan kesediaannya untuk meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, bagaimanapun menjelaskan kerjasama itu perlu selari dengan prinsip semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah dimenangi oleh parti itu sebelum ini dikekalkan. \u201cKalau kita bekerjasama dalam kerajaan perpaduan, kita tidak boleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3528,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,378,63,824,101,146],"authors":[],"class_list":["post-3527","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-bn","tag-dap","tag-kerjasama","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3527","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3527"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3527\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3530,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3527\/revisions\/3530"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3528"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3527"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3527"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3527"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3527"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}