{"id":3531,"date":"2025-09-21T14:04:15","date_gmt":"2025-09-21T14:04:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3531"},"modified":"2025-09-21T14:10:12","modified_gmt":"2025-09-21T14:10:12","slug":"inkues-zara-permohonan-maaf-mona-din-ditolak-ag-prosiding-komital-diteruskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/inkues-zara-permohonan-maaf-mona-din-ditolak-ag-prosiding-komital-diteruskan\/","title":{"rendered":"Inkues Zara: Permohonan maaf Mona Din ditolak AG, prosiding komital diteruskan"},"content":{"rendered":"<p>Prosiding komital terhadap aktivis Mona Din, atau nama sebenarnya Che Muna Din, bagi tuduhan menghina mahkamah akan diteruskan meskipun telah memohon maaf dan memadamkan hantaran kontroversinya berkenaan inkues Zara Qairina Mahathir.<\/p>\n<p>Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar, mengesahkan permohonan maaf yang dikemukakan aktivis itu melalui laman Facebooknya tidak diterima dan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak berhasrat untuk membatalkan notis tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya pada 10 September lalu.<\/p>\n<p>\u201cAGC mengambil maklum permohonan maaf tersebut serta tindakan beliau menurunkan hantaran berkenaan. Ia mungkin boleh menjadi faktor mitigasi kepada penama tersebut dalam proses mahkamah kelak,\u201d jelas Mohd. Dusuki dipetik laporan MalaysiaGazette.<\/p>\n<p>\u201cNamun, memandangkan tindakan penama tersebut adalah berkait penghinaan proses mahkamah yang sedang berjalan, pihak AGC perlu mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan isu penghinaan mahkamah ini diambil ringan dan terus dilakukan oleh mana-mana pihak. Dalam erti kata lain, AGC tidak dapat menerimanya (permohonan maaf beliau),\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau berkata pihaknya akan berkomunikasi dengan peguam Mona Din tidak lama lagi dan memaklumkan bahawa permohonan untuk perintah komital akan difailkan dalam tempoh terdekat.<\/p>\n<p>Mona Din didakwa memuat naik hantaran yang bersifat menghina berhubung prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina, pada 4 September lalu.<\/p>\n<p>AGC dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan hantaran tersebut, yang antara lain mempertikaikan keterangan saksi pakar, berpotensi mempengaruhi pandangan awam dan mengganggu perjalanan inkues.<\/p>\n<p>Dalam pernyataan maafnya pada Jumaat lalu, aktivis itu berkata tidak berniat untuk mencampuri urusan inkues yang sedang berjalan ketika ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak pernah berniat untuk mempertikai atau mencampuri prosiding Mahkamah Koroner yang sedang berjalan ketika itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga tidak mempunyai niat jahat untuk mempengaruhi pandangan serta persepsi masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berjanji untuk tidak lagi membuat sebarang hantaran yang boleh dianggap mengganggu sistem keadilan dan menghina mahkamah serta memaklumkan hantaran berkenaan telah dipadam pada 13 September.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Prosiding komital terhadap aktivis Mona Din, atau nama sebenarnya Che Muna Din, bagi tuduhan menghina mahkamah akan diteruskan meskipun telah memohon maaf dan memadamkan hantaran kontroversinya berkenaan inkues Zara Qairina Mahathir. Peguam Negara, Mohd. Dusuki Mokhtar, mengesahkan permohonan maaf yang dikemukakan aktivis itu melalui laman Facebooknya tidak diterima dan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak berhasrat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3532,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[406,1778,1277,1779,1777,342,1202],"authors":[],"class_list":["post-3531","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agc","tag-aktivis","tag-inkues","tag-mohd-dusuki-mokhtar","tag-mona-din","tag-peguam-negara","tag-zara-qairina-mahathir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3531","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3531"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3531\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3536,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3531\/revisions\/3536"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3532"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3531"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3531"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3531"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3531"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}