{"id":3537,"date":"2025-09-21T14:15:59","date_gmt":"2025-09-21T14:15:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3537"},"modified":"2025-09-21T14:15:59","modified_gmt":"2025-09-21T14:15:59","slug":"nadi-pacu-usahawan-tempatan-ke-arena-e-dagang-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/nadi-pacu-usahawan-tempatan-ke-arena-e-dagang-laporan\/","title":{"rendered":"NADI pacu usahawan tempatan ke arena e-dagang: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dikenal pasti sebagai pemangkin strategik untuk memperkasa usahawan tempatan, memacu pertumbuhan e-dagang dan meluaskan capaian pasaran perniagaan mereka.<\/p>\n<p>Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School, berkata NADI memperkukuh komuniti tempatan melalui latihan kemahiran digital yang disasarkan seperti pemasaran digital, penjenamaan dalam talian dan penggunaan media sosial.<\/p>\n<p>\u201cMelalui NADI, usahawan mendapat akses kepada bengkel mengenai platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok Shop, membolehkan mereka memasarkan dan menjual produk luar daripada komuniti tempatan mereka.<\/p>\n<p>\u201cProgram ini juga menggalakkan penggunaan instrumen digital seperti ChatGPT dan Canva AI untuk meningkatkan pemasaran digital dan menyelaraskan operasi harian,\u201d katanya dipetik laporan Bernama.<\/p>\n<p>Menurutnya, inisiatif itu akan meningkatkan celik digital dalam kalangan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan menawarkan latihan praktikal dalam bidang penting termasuk keselamatan siber dan analisis data.<\/p>\n<p>\u201cCelik digital yang dipertingkatkan akan membolehkan PMKS berkembang dengan lebih pesat, berinovasi dalam produk dan perkhidmatan serta menembusi pasaran global,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sehingga 31 Mac 2025, seramai 4,000 usahawan telah dilatih di bawah NADI, dengan 3,390 daripadanya adalah usahawan wanita. Inisiatif itu menyasarkan untuk melengkapkan lebih ramai individu dengan kemaharan bagi mengembangkan perniagaan menerusi platform e-dagang terkemuka.<\/p>\n<p>Kejayaan NADI juga diiktiraf di peringkat global apabila Projek Inklusif Digital NADI dinobatkan sebagai Juara Hadiah Sidang Kemuncak Masyarakat Maklumat Sedunia (WSIS) 2025 pada 7 Julai lalu.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata anugerah itu mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha MCMC untuk merapatkan jurang digital.<\/p>\n<p>Beliau menggesa MCMC untuk terus memperkukuh kesemua 1,099 pusat NADI di seluruh negara dengan memperluas keupayaan, meningkatkan kelajuan Internet dan menawarkan perkhidmatan tambahan seperti e-kesihatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dikenal pasti sebagai pemangkin strategik untuk memperkasa usahawan tempatan, memacu pertumbuhan e-dagang dan meluaskan capaian pasaran perniagaan mereka. Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School, berkata NADI memperkukuh komuniti tempatan melalui latihan kemahiran digital yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2286,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1781,49,184,16,15,1588],"authors":[],"class_list":["post-3537","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-e-dagang","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-nadi","tag-pmks"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3537","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3537"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3537\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3538,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3537\/revisions\/3538"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3537"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3537"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3537"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3537"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}