{"id":3553,"date":"2025-09-22T04:27:35","date_gmt":"2025-09-22T04:27:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3553"},"modified":"2025-09-22T04:27:35","modified_gmt":"2025-09-22T04:27:35","slug":"sikap-angkuh-umno-punca-gagalnya-penyatuan-melayu-dakwa-pemimpin-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sikap-angkuh-umno-punca-gagalnya-penyatuan-melayu-dakwa-pemimpin-pas\/","title":{"rendered":"Sikap angkuh UMNO punca gagalnya penyatuan Melayu, dakwa pemimpin PAS"},"content":{"rendered":"<p>Kegagalan penyatuan tiga parti Melayu-Islam utama negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) didakwa berpunca daripada sikap angkuh yang ditunjukkan oleh UMNO, kata Dr. Azman Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, pelbagai usaha dilakukan sehingga saat-saat akhir sebelum PRU-15 untuk menyatukan UMNO, PAS, dan Bersatu bagi mengelakkan pertembungan yang boleh merugikan orang Melayu, namun ia tidak berhasil.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa, UMNO pada masa itu bersikap keras dan ingin kekal sebagai \u2018abang besar\u2019 dengan meletakkan syarat kepada PAS sama ada untuk memilih mereka atau Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cUMNO ketika itu juga telah menyiapkan pembahagian kerusi antara UMNO dan PAS dengan meninggalkan Bersatu,\u201d ujarnya melalui satu hantaran di Facebook semalam.<\/p>\n<p>Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabil itu berkata PAS tidak boleh mengkhianati persepakatan yang telah sedia wujud dalam Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu hanya untuk memenuhi syarat UMNO.<\/p>\n<p>\u201cApabila telah wujud persepakatan dalam PN bersama Bersatu dan parti-parti lain, maka PAS tak akan mengkhianati persepakatan yang sedia ada demi untuk memenuhi syarat UMNO,\u201d tegas Azman.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan bagaimana keputusan PRU-15 menyaksikan UMNO menjadi parti Melayu yang memperoleh bilangan kerusi paling sedikit berbanding PAS dan Bersatu.<\/p>\n<p>Azman juga menyentuh mengenai penubuhan kerajaan di Perak dan Pahang, di mana PAS sebagai parti dengan kerusi paling banyak mengajak UMNO bekerjasama, tetapi sekali lagi ditolak.<\/p>\n<p>\u201cUMNO sekali lagi menolak dan lebih memilih bersama Pakatan Harapan (PH),\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Mengenai kenyataan terkini yang mengkritik PAS meninggalkan Muafakat Nasional (MN) demi mendapatkan dana daripada Bersatu, Azman dengan tegas menolaknya sambil menyindir individu yang digelarnya sebagai \u2018ahli politik nomad\u2019 yang berpindah-randah untuk mendapatkan kerusi tetapi tetap kalah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kegagalan penyatuan tiga parti Melayu-Islam utama negara sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) didakwa berpunca daripada sikap angkuh yang ditunjukkan oleh UMNO, kata Dr. Azman Ibrahim. Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu, pelbagai usaha dilakukan sehingga saat-saat akhir sebelum PRU-15 untuk menyatukan UMNO, PAS, dan Bersatu bagi mengelakkan pertembungan yang boleh merugikan orang Melayu, namun [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3554,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1787,73,1786,824,126,146],"authors":[],"class_list":["post-3553","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ajk-pas","tag-bersatu","tag-dr-azman-ibrahim","tag-kerjasama","tag-pas","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3553","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3553"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3553\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3555,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3553\/revisions\/3555"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3554"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3553"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3553"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3553"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3553"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}