{"id":3560,"date":"2025-09-22T06:06:56","date_gmt":"2025-09-22T06:06:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3560"},"modified":"2025-09-22T06:07:20","modified_gmt":"2025-09-22T06:07:20","slug":"dua-datuk-ditahan-sprm-terlibat-dalam-kes-penyeludupan-diesel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dua-datuk-ditahan-sprm-terlibat-dalam-kes-penyeludupan-diesel\/","title":{"rendered":"Dua \u2018Datuk\u2019 ditahan SPRM terlibat dalam kes penyeludupan diesel"},"content":{"rendered":"<p>Dua individu bergelar \u2018Datuk\u2019 telah ditahan dalam satu operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membongkar sindiket penyeludupan diesel bersubsidi yang mengakibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM247 juta kepada negara.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata sindiket yang disokong oleh elemen kongsi gelap ini beroperasi secara licin menggunakan syarikat berlesen yang sah.<\/p>\n<p>\u201cSyarikat ini bukan syarikat tidak berlesen, tetapi syarikat berlesen yang telah menyalahgunakan lesen mereka untuk tujuan penyeludupan. Setakat ini, tiada maklumat mengenai penglibatan VIP.<\/p>\n<p>\u201cNamun, dua daripada yang ditahan memiliki gelaran Datuk,\u201d kata Azam dalam sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mendedahkan sindiket tersebut menjalankan aktiviti haram mereka secara sistematik dengan menggunakan kemudahan logistik seperti kapal tangki dan jaringan di kawasan strategik termasuk Bintulu, Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cKegiatan ini melibatkan pengumpulan minyak termasuk dari pihak nelayan, kemudian dipindahkan secara tidak sah untuk dibawa keluar menggunakan laluan tersusun yang mengelakkan pemantauan pihak berkuasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Siasatan yang bermula sejak tahun lalu itu adalah hasil aduan awam dan Azam menekankan siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengesan sebarang unsur pengubahan wang haram dan pengelakan cukai untuk tempoh sehingga 10 tahun ke belakang.<\/p>\n<p>\u201cKita akan lihat bukan hanya pada kesalahan semasa, tetapi juga siasat pemilikan, aliran kewangan, dan kegiatan mereka sejak 10 tahun lepas,\u201d tegas Azam.<\/p>\n<p>Beliau turut mengesahkan anggaran kerugian RM247 juta itu mungkin meningkat selepas siasatan forensik kewangan selesai.<\/p>\n<p>\u201cJumlah ini hanyalah permulaan. Dengan tindakan pemulihan dan penalti yang dikenakan, saya percaya kerajaan akan memperoleh semula jumlah yang lebih besar,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Mengenai tindakan susulan, Azam menjangkakan syarikat terlibat akan disenaraihitam dan didakta di bawah Akta SPRM serta Akta Pengubahan Wang Haram.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya syarikat ini perlu disenarai hitam dan tidak lagi dibenarkan menerima apa-apa bentuk subsidi atau kelulusan daripada kerajaan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Operasi yang dinamakan \u2018Op Karen\u2019 ini adalah kesinambungan daripada \u2018Op Liter\u2019 tahun lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua individu bergelar \u2018Datuk\u2019 telah ditahan dalam satu operasi besar-besaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membongkar sindiket penyeludupan diesel bersubsidi yang mengakibatkan kerugian dianggarkan mencecah RM247 juta kepada negara. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata sindiket yang disokong oleh elemen kongsi gelap ini beroperasi secara licin menggunakan syarikat berlesen yang sah. \u201cSyarikat ini bukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,1792,916,24,1581,21,1070],"authors":[],"class_list":["post-3560","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-datuk","tag-diesel","tag-rasuah","tag-seludup","tag-sprm","tag-tahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3560","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3560"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3560\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3561,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3560\/revisions\/3561"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3560"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3560"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3560"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3560"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}