{"id":3564,"date":"2025-09-22T07:49:53","date_gmt":"2025-09-22T07:49:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3564"},"modified":"2025-09-22T07:49:53","modified_gmt":"2025-09-22T07:49:53","slug":"lawatan-anwar-ke-timor-leste-sebagai-tanda-sokongan-sertai-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lawatan-anwar-ke-timor-leste-sebagai-tanda-sokongan-sertai-asean\/","title":{"rendered":"Lawatan Anwar ke Timor-Leste sebagai tanda sokongan sertai ASEAN"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Timor-Lesta selama dua hari bermula Rabu, bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan menyokong aspirasi negara itu untuk menjadi ahli ke-11 ASEAN.<\/p>\n<p>Lawatan bersejarah ini merupakan kunjungan pertama Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh 22 tahun dan dijangka memperkukuh lagi ikatan antara kedua-dua negara.<\/p>\n<p>Anwar dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Presidente Nicolau Lobato pada pukul 3 petang waktu tempatan dan akan disambut oleh Presiden Timor-Leste, Dr Jos\u00e9 Ramos-Horta, serta Perdana Menterinya, Kay Rala Xanana Gusm\u00e3o.<\/p>\n<p>Menurut Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste, Amarjit Singh, agenda rasmi Anwar termasuk menghadiri istiadat sambutan negara di Istana Presiden, mengadakan kunjungan hormat, serta menghadiri jamuan rasmi yang dianjurkan oleh pemimpin tertinggi Timor-Leste.<\/p>\n<p>Pada hari kedua, Anwar akan menyampaikan ucaptama di Parlimen Nasional dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Gusm\u00e3o, serta menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU).<\/p>\n<p>Beliau juga akan berinteraksi dengan komuniti rakyat Malaysia dan alumni program kerjasama teknikal Malaysia.<\/p>\n<p>Amarjit menegaskan bahawa lawatan ini amat signifikan dan mencerminkan komitmen berterusan Malaysia terhadap integrasi Timor-Leste dalam ASEAN.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia konsisten menyokong Timor-Leste sejak sebelum kemerdekaannya. Lawatan ini melambangkan sokongan berterusan kami terhadap aspirasi negara ini untuk bersama keluarga ASEAN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste mencatat nilai RM85 juta pada tahun lalu, dengan kira-kira 250 syarikat Malaysia beroperasi di sana dalam pelbagai sektor.<\/p>\n<p>Hubungan antara rakyat juga semakin erat dengan pemberian kemudahan bebas visa kepada rakyat Malaysia sejak Ogas lalu.<\/p>\n<p>Timor-Leste, yang memohon menyertai ASEAN pada 2011, dijangka diterima secara rasmi sebagai anggota pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur bulan depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim akan memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Timor-Lesta selama dua hari bermula Rabu, bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan menyokong aspirasi negara itu untuk menjadi ahli ke-11 ASEAN. Lawatan bersejarah ini merupakan kunjungan pertama Perdana Menteri Malaysia dalam tempoh 22 tahun dan dijangka memperkukuh lagi ikatan antara kedua-dua negara. Anwar dijadual [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":359,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,221,48,1793],"authors":[],"class_list":["post-3564","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asean","tag-lawatan","tag-timor-leste"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3564","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3564"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3564\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3565,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3564\/revisions\/3565"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/359"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3564"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3564"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3564"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3564"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}