{"id":3566,"date":"2025-09-22T07:55:13","date_gmt":"2025-09-22T07:55:13","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3566"},"modified":"2025-09-22T07:55:13","modified_gmt":"2025-09-22T07:55:13","slug":"rm1-66-bilion-dana-rampasan-rasuah-dipulangkan-kepada-kerajaan-azam-baki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm1-66-bilion-dana-rampasan-rasuah-dipulangkan-kepada-kerajaan-azam-baki\/","title":{"rendered":"RM1.66 bilion dana rampasan rasuah dipulangkan kepada kerajaan: Azam Baki"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak RM1.66 bilion hasil daripada aktiviti rasuah, penyeludupan, dan pengubahan wang haram telah berjaya dibekukan, disita, dan dipulangkan kepada kerajaan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, memberitahu jumlah tersebut merangkumi aset, wang tunai, dan barangan berharga yang dirampas melalui pelbagai operasi yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Pelbagai Agensi (MATF).<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan pada tahun lalu seramai 34 penjawat awam dan 27 orang awam telah ditahan dalam operasi memerangi jenayah terancang itu.<\/p>\n<p>\u201cDaripada jumlah itu, seramai 25 penjawat awam berjaya dituduh dengan 352 pertuduhan dan lapan orang dikenakan tindakan tatatertib,\u201d jelas Azam dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.<\/p>\n<p>Bagi tahun ini, sejumlah RM960.73 juta telah dipulangkan kepada kerajaan hasil enam operasi besar yang dijalankan sebelum ini.<\/p>\n<p>Operasi tersebut dijalankan bersama agensi rakan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).<\/p>\n<p>Antara operasi yang dibongkar termasuklah \u2018Ops White\u2019 membabitkan penyelewengan kontrak susu tepung (RM174.7 juta), \u2018Ops Knight\u2019 kes penipuan pelaburan durian (RM16.15 juta), dan \u2018Ops X\u2019 kes penipuan wang kripto (RM28.6 juta).<\/p>\n<p>Selain itu, \u2018Ops Sikaro\u2019 membongkar sindiket penyeludupan rokok (RM218 juta), \u2018Ops Metal\u2019 tangani penyeludupan besi dan e-waste (RM332.5 juta), dan \u2018Ops Karen\u2019 memerang sindiket penyeludupan minyak (RM190.8 juta).<\/p>\n<p>\u201cSPRM berperanan sebagai penggerak utama MATF dengan tanggungjawab mengurus pengumpulan bukti, mengesan aliran wang dan aset serta mengemukakan permintaan bantuan undang-undang antarabangsa,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas kerjasama erat dalam operasi terbaru di Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama antara agensi seperti ini amat dialu-alukan kerana ia memainkan peranan penting dalam usaha membanteras segala aktiviti yang boleh menggugat kedaulatan Malaysia,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak RM1.66 bilion hasil daripada aktiviti rasuah, penyeludupan, dan pengubahan wang haram telah berjaya dibekukan, disita, dan dipulangkan kepada kerajaan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, memberitahu jumlah tersebut merangkumi aset, wang tunai, dan barangan berharga yang dirampas melalui pelbagai operasi yang dijalankan oleh Pasukan Petugas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":295,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[115,414,1794,24,21],"authors":[],"class_list":["post-3566","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-azam-baki","tag-dana","tag-matf","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3566","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3566"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3566\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3567,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3566\/revisions\/3567"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3566"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3566"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3566"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3566"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}