{"id":3571,"date":"2025-09-22T15:07:57","date_gmt":"2025-09-22T15:07:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3571"},"modified":"2025-09-22T15:07:57","modified_gmt":"2025-09-22T15:07:57","slug":"fahmi-turun-tinjau-ppr-seri-cempaka-dilanda-ribut-salur-bantuan-segera-kepada-penduduk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-turun-tinjau-ppr-seri-cempaka-dilanda-ribut-salur-bantuan-segera-kepada-penduduk\/","title":{"rendered":"Fahmi turun tinjau PPR Seri Cempaka dilanda ribut, salur bantuan segera kepada penduduk"},"content":{"rendered":"<p>Ribut yang melanda ibu negara petang ini mengakibatkan kerosakan teruk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Lembah Pantai apabila bumbung sebuah blok rumah diterbangkan angin.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turun meninjau keadaan ribut yang menjejaskan beberapa unit kediaman serta merosakkan sehingga 30 kenderaan yang diparkir dan mengumumkan bantuan segera akan disalurkan kepada mangsa yang terjejas.<\/p>\n<p>\u201cPenduduk di empat unit rumah berkenaan akan dipindahkan serta-merta ke unit kosong dalam blok sama dengan bantuan pertubuhan belia.<\/p>\n<p>\u201cDewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengenal pasti unit-unit yang sesuai,\u201d jelas Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi.<\/p>\n<p>Fahmi memberitahu sumbangan awal sebanyak RM5,000 akan disalurkan kepada mangsa terjejas selepas kejadian ribut itu mengakibatkan sekurang-kurangnya empat unit rumah mengalami kerosakan serius, manakala unit-unit lain mengalami kebocoran.<\/p>\n<p>\u201cSumbangan awal RM5,000 untuk setiap keluarga akan disalurkan, termasuklah keperluan asas seperti tilam, bantal dan selimut.<\/p>\n<p>\u201cKami juga memastikan semua keperluan sekolah yang rosak diganti dengan segera,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Bagi memastikan keselamatan penghuni, Fahmi memaklumkan DBKL telah diarahkan untuk bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menilai semula keselamatan struktur Blok E dan Blok F.<\/p>\n<p>\u201cKawasan berhampiran Blok E yang berisiko akan dipasang pita keselamatan dan dikosongkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya difahamkan seorang individu cedera akibat terkena kaca berterbangan di Blok F, namun laporan penuh masih belum diperoleh,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menasihati semua penduduk yang terjejas agar membuat laporan polis bagi memudahkan urusan tuntutan.<\/p>\n<p>Fahmi turut memberitahu menurut aduan penduduk, insiden serupa pernah berlaku kira-kira 15 tahun lepas.<\/p>\n<p>\u201cPihak kami akan memastikan aspek reka bentuk serta binaan diteliti semula untuk mengelakkan kejadian ini daripada berulang,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Selain di PPR Seri Cempaka, ribut petang itu juga dilaporkan menyebabkan beberapa insiden lain di kawasan berhampiran, termasuk kebakaran kecil di Dewan Gasing Indah serta pokok tumbang di Jalan Pantai Murni dan Taman Lucky Garden.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ribut yang melanda ibu negara petang ini mengakibatkan kerosakan teruk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Lembah Pantai apabila bumbung sebuah blok rumah diterbangkan angin. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turun meninjau keadaan ribut yang menjejaskan beberapa unit kediaman serta merosakkan sehingga 30 kenderaan yang diparkir dan mengumumkan bantuan segera akan disalurkan kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3572,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[112,184,304,1797,1742],"authors":[],"class_list":["post-3571","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi","tag-komunikasi","tag-lembah-pantai","tag-ppr-seri-cempaka","tag-ribut"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3571","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3571"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3571\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3573,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3571\/revisions\/3573"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3572"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3571"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3571"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3571"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3571"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}