{"id":3574,"date":"2025-09-22T15:18:38","date_gmt":"2025-09-22T15:18:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3574"},"modified":"2025-09-22T15:18:38","modified_gmt":"2025-09-22T15:18:38","slug":"meta-ditegur-tak-beri-kerjasama-baik-kandungan-jenayah-berleluasa-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/meta-ditegur-tak-beri-kerjasama-baik-kandungan-jenayah-berleluasa-fahmi\/","title":{"rendered":"Meta ditegur tak beri kerjasama baik, kandungan jenayah berleluasa: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi mengeluarkan amaran tegas kepada gergasi teknologi Meta kerana didakwa gagal memberikan kerjasama yang efektif dalam menangani pelbagai aktiviti jenayah di platformnya, terutamanya Facebook.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat bersama wakil Meta yang diadakan baru-baru ini turut disertai oleh pihak polis, Jabatan Peguam Negara dan agensi keselamatan siber bagi membincangkan isu kritikal tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata kandungan haram seperti perjudian dalam talian, penipuan, maklumat palsu dan penjualan produk terlarang masih berleluasa.<\/p>\n<p>\u201cStatistik sehingga 19 September lalu menunjukkan sebanyak 168,774 permohonan penurunan kandungan dikemukakan kepada Meta untuk platform Facebook sahaja, yang mewakili 59 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan di semua platform media sosial,\u201d jelas Fahmi.<\/p>\n<p>Daripada jumlah tersebut, katanya, sebahagian besarnya melibatkan judi dalam talian dan aktiviti scam, dengan ribuan aduan lagi masih belum ditangani.<\/p>\n<p>Lebih membimbangkan, berdasarkan data Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, kes penipuan e-dagang di platform Meta (Facebook, Instagram, WhatsApp) dari 2023 hingga Ogos lalu telah menyebabkan kerugian kumulatif melebihi RM248 juta melibatkan 18,128 kes.<\/p>\n<p>\u201cJumlah tersebut menunjukkan Meta masih gagal memberikan kerjasama sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cHal ini memberi kesan kepada usaha pihak berkuasa untuk melindungi rakyat daripada ancaman jenayah dalam talian yang semakin meningkat,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Fahmi memberitahu Meta juga memberikan jaminan untuk mempertingkatkan usaha dan kerjasama, namun kerajaan menekankan jaminan itu perlu dibuktikan dengan tindakan nyata.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani tidak akan sama sekali berkompromi dalam isu keselamatan digital.<\/p>\n<p>\u201cMeta dan semua penyedia platform media sosial wajib mengambil tanggungjawab yang lebih besar,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Fahmi turut menyeru supaya platform media sosial memperkenalkan mekanisme pengesahan umur dan identiti yang lebih kukuh, termasuk penggunaan MyKad atau MyDigital ID, bagi melindungi pengguna bawah umur.<\/p>\n<p>\u201cKementerian Komunikasi dengan kerjasama agensi penguatkuasaan akan memperkukuh pemantauan dan tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan lanjut sekiranya tahap kerjasama tidak dipertingkatkan oleh Meta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Komunikasi mengeluarkan amaran tegas kepada gergasi teknologi Meta kerana didakwa gagal memberikan kerjasama yang efektif dalam menangani pelbagai aktiviti jenayah di platformnya, terutamanya Facebook. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata mesyuarat bersama wakil Meta yang diadakan baru-baru ini turut disertai oleh pihak polis, Jabatan Peguam Negara dan agensi keselamatan siber bagi membincangkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1009,49,569,184,16,405,1687,1008,34],"authors":[],"class_list":["post-3574","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-facebook","tag-fahmi-fadzil","tag-jenayah","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-media-sosial","tag-meta","tag-penipuan","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3574","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3574"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3574\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3575,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3574\/revisions\/3575"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3574"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3574"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3574"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3574"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}