{"id":3585,"date":"2025-09-23T02:11:25","date_gmt":"2025-09-23T02:11:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3585"},"modified":"2025-09-23T02:11:25","modified_gmt":"2025-09-23T02:11:25","slug":"pas-teragak-agak-nak-umum-calon-pm-pun-gagal-amanah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-teragak-agak-nak-umum-calon-pm-pun-gagal-amanah\/","title":{"rendered":"PAS teragak-agak, nak umum calon PM pun gagal: Amanah"},"content":{"rendered":"<p>PAS didakwa masih gagal untuk menamakan calon Perdana Menteri mereka, walaupun selepas seminggu Muktamar ke-71 parti itu berlangsung.<\/p>\n<p>Situasi ini menimbulkan persoalan mengenai perpaduan dan kesediaan parti tersebut dalam memikul tampuk pemerintahan negara.<\/p>\n<p>Menurut Setiausaha Agung Parti Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, kegagalan tersebut mendedahkan satu perpecahan yang ketara dalam kalangan Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>\u201cPerpecahan ini membuktikan PN tidak mampu menjamin kestabilan politik. Pengalaman pahit episod Langkah Sheraton tidak wajar berulang; negara memerlukan kerajaan yang stabil,\u201d katanya dalam satu kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Faiz turut membangkitkan kejayaan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim yang mendapat sokongan penuh wakil rakyat sebagai bukti kestabilan.<\/p>\n<p>\u201cSokongan penuh kepada Perdana Menteri Anwar telah membuahkan hasil ekonomi yang memberangsangkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Antara kejayaan yang disenaraikan termasuklah pengukuhan nilai ringgit, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh, pelaburan yang diluluskan melonjak sehingga RM190.3 bilion, inflasi yang rendah dan kadar pengangguran yang menurun.<\/p>\n<p>\u201cIni semua adalah buah daripada kestabilan politik yang dinikmati negara,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Faiz turut menyindir dakwaan pemimpin PAS yang kononnya mempunyai ramai calon yang layak.<\/p>\n<p>\u201cPAS mendakwa ada tiga hingga empat \u2018lori\u2019 calon, namun sehingga kini, tiada seorang pun yang dinamakan. Kenyataan ini seolah-olah memperlekehkan institusi Perdana Menteri,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, sikap PAS dalam isu ini bukanlah sesuatu yang baharu.<\/p>\n<p>\u201cIa hanya menyerlahkan sikap PAS yang berlagak sombong, tetapi hakikatnya \u2018tin kosong\u2019. Mereka pernah memperjuangkan RUU 355, tetapi membisu ketika memegang kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Faiz menekankan betapa pentingnya institusi Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cTanpa Perdana Menteri, kerajaan tidak boleh dibentuk. Sikap PAS ini mencerminkan mereka tidak bertanggungjawab terhadap urusan pentadbiran negara, sedangkan pentadbiran yang baik adalah tunjang negara dan aspek penting dalam Islam,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berpendapat, kegagalan PAS untuk mencapai kata sepakat mencerminkan ketidakmatangan parti tersebut dalam hal ehwal pemerintahan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS didakwa masih gagal untuk menamakan calon Perdana Menteri mereka, walaupun selepas seminggu Muktamar ke-71 parti itu berlangsung. Situasi ini menimbulkan persoalan mengenai perpaduan dan kesediaan parti tersebut dalam memikul tampuk pemerintahan negara. Menurut Setiausaha Agung Parti Amanah, Muhammad Faiz Fadzil, kegagalan tersebut mendedahkan satu perpecahan yang ketara dalam kalangan Perikatan Nasional (PN). \u201cPerpecahan ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,13,136,278,1669,126,197,18],"authors":[],"class_list":["post-3585","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-anwar","tag-calon","tag-faiz-fadzil","tag-muktamar","tag-pas","tag-perdana-menteri","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3585","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3585"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3587,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3585\/revisions\/3587"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3585"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}