{"id":3596,"date":"2025-09-23T06:01:46","date_gmt":"2025-09-23T06:01:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3596"},"modified":"2025-09-23T06:01:46","modified_gmt":"2025-09-23T06:01:46","slug":"semua-persediaan-pelaksanaan-subsidi-ron95-dibuat-dengan-rapi-amir-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/semua-persediaan-pelaksanaan-subsidi-ron95-dibuat-dengan-rapi-amir-hamzah\/","title":{"rendered":"Semua persediaan pelaksanaan subsidi RON95 dibuat dengan rapi: Amir Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan telah melengkapkan segala persediaan bagi memastikan pelaksanaan subsidi petrol RON95 berjalan lancar mulai 30 September ini, kata Amir Hamzah Azizan.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II itu berkata, kerjasama rapat dengan semua syarikat minyak telah dijalankan sejak akhir tahun lalu dan mereka telah mengesahkan kesediaan sistem serta infrastruktur di stesen minyak seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah mula projek ini sejak lama. Ramai bertanya kenapa kelulusan untuk melaksanakannya agak lambat, tetapi pendirian kerajaan adalah kita mahu memastikan apa yang dibuat berjalan dengan baik,\u201d jelas Amir Hamzah selepas menghadiri Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois Siri 2\/2025 Peringkat Nasional di Menara Hasil Pulau Pinang hari ini.<\/p>\n<p>Amir Hamzah menekankan bahawa semua syarikat minyak telah bersedia, termasuk kemaskini pada mesin di kaunter dan sistem pembayaran di pam minyak.<\/p>\n<p>\u201cMalah, kebanyakan syarikat minyak turut mengaktifkan sistem di &#8216;outdoor payment terminal&#8217; mereka,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Walaupun yakin dengan persediaan tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya sedikit masalah teknikal pada peringkat awal pelaksanaan. \u201c<\/p>\n<p>Tidak semua orang sempurna. Kadang-kadang ada perkara yang tidak berjalan seperti dirancang. Jadi saya harap masyarakat bersabar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan akan menunaikan janji bahawa jika harganya adalah RM1.99, kita akan menepati janji tersebut,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu semalam, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan subsidi bersasar BUDI95 akan dilaksanakan mulai 30 September, menetapkan harga RON95 pada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia manakala bukan warganegara perlu membayar RM2.60 seliter.<\/p>\n<p>Sebagai penghargaan, anggota polis dan tentera akan menikmati harga subsidi bermula 27 September, diikuti penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari golongan B40 pada 28 September, bagi membolehkan mereka membiasakan diri dengan mekanisme baharu ini secara berperingkat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan telah melengkapkan segala persediaan bagi memastikan pelaksanaan subsidi petrol RON95 berjalan lancar mulai 30 September ini, kata Amir Hamzah Azizan. Menteri Kewangan II itu berkata, kerjasama rapat dengan semua syarikat minyak telah dijalankan sejak akhir tahun lalu dan mereka telah mengesahkan kesediaan sistem serta infrastruktur di stesen minyak seluruh negara. \u201cKita sudah mula projek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,1798,482,76,555,296],"authors":[],"class_list":["post-3596","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-budi95","tag-mof","tag-petrol","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3597,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3596\/revisions\/3597"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3596"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}