{"id":3605,"date":"2025-09-23T10:44:56","date_gmt":"2025-09-23T10:44:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3605"},"modified":"2025-09-23T10:44:56","modified_gmt":"2025-09-23T10:44:56","slug":"anwar-terima-anugerah-istimewa-dari-kerajaan-timor-leste-isyarat-hubungan-erat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-terima-anugerah-istimewa-dari-kerajaan-timor-leste-isyarat-hubungan-erat\/","title":{"rendered":"Anwar terima anugerah istimewa dari kerajaan Timor-Leste, isyarat hubungan erat"},"content":{"rendered":"<p>Lawatan dua hari Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Timor-Leste digambarkan sebagai bukti nyata persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, menurut Dr. Jos\u00e9 Ramos-Horta.<\/p>\n<p>Presiden Timor-Leste itu mengimbau sokongan padu Malaysia semasa Timor-Leste berjuang untuk mencapai kemerdekaan, menyatakan hubungan itu kini memasuki fasa baharu yang lebih mantap.<\/p>\n<p>\u201cLawatan ini memperkukuh lagi ikatan persahabatan yang telah lama terjalin.<\/p>\n<p>\u201cPerbincangan kami amat membina dan memfokuskan pada masa depan, termasuk pelaburan Malaysia yang lebih besar dalam perniagaan tani, pelancongan, tenaga boleh diperbaharui serta pendidikan untuk belia kami,\u201d jelas Ramos-Horta pada sidang media bersama di Istana Presiden.<\/p>\n<p>Sebagai tanda penghargaan, Ramos-Horta mengumumkan Anwar akan dikurniakan anugerah tertinggi negara itu, \u2018Grand Collar of the Order of Timor-Leste\u2019.<\/p>\n<p>Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap peranan peribadi Anwar dan sokongan berterusan Malaysia, terutamanya dalam menyokong hasrat Timor-Leste menyertai ASEAN.<\/p>\n<p>\u201cAnugerah ini adalah penghormatan terhadap komitmen peribadinya dan sokongan penting Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cTimor-Leste dan Malaysia bukan sahaja berjiran tetapi rakan kongsi dalam membina Asia Tenggara yang bersatu dan makmur,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Anwar menyifatkan lawatannya itu bersifat peribadi dan rasmi, memandangkan beliau mempunyai hubungan persahabatan yang lama dengan Ramos-Horta.<\/p>\n<p>Anwar juga menekankan kepentingan memperingati sejarah bersama dan sokongan konsisten Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKemasukan anda (Timor-Leste) ke ASEAN hanya menunggu masa. Malaysia menantikan untuk meraikan keanggotaan Timor-Leste pada Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober,\u201d ujar Anwar.<\/p>\n<p>Beliau berkata keutamaan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan dan pertahanan, serta mengalu-alukan penglibatan syarikat Malaysia seperti Petronas.<\/p>\n<p>Timor-Leste dijangka diterima secara rasmi sebagai anggota ASEAN ke-11 pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan diadakan di Kuala Lumpur bulan depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lawatan dua hari Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Timor-Leste digambarkan sebagai bukti nyata persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, menurut Dr. Jos\u00e9 Ramos-Horta. Presiden Timor-Leste itu mengimbau sokongan padu Malaysia semasa Timor-Leste berjuang untuk mencapai kemerdekaan, menyatakan hubungan itu kini memasuki fasa baharu yang lebih mantap. \u201cLawatan ini memperkukuh lagi ikatan persahabatan yang telah lama terjalin. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3606,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[39,13,1806,1807,18,1793],"authors":[],"class_list":["post-3605","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anugerah","tag-anwar","tag-dr-jose-ramos-horta","tag-grand-collar-of-the-order-of-timor-leste","tag-pmx","tag-timor-leste"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3605","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3605"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3605\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3607,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3605\/revisions\/3607"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3606"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3605"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3605"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3605"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3605"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}