{"id":3610,"date":"2025-09-23T10:55:24","date_gmt":"2025-09-23T10:55:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3610"},"modified":"2025-09-23T10:55:24","modified_gmt":"2025-09-23T10:55:24","slug":"kerajaan-kekalkan-ron95-pada-harga-rm1-99-buat-masa-ini-amir-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-kekalkan-ron95-pada-harga-rm1-99-buat-masa-ini-amir-hamzah\/","title":{"rendered":"Kerajaan kekalkan RON95 pada harga RM1.99 buat masa ini: Amir Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada harga RM1.99 seliter buat masa ini.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan menjelaskankerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula harga tersebut dalam tempoh terdekat memandangkan ia merupakan janji yang telah dibuat kepada rakyat.<\/p>\n<p>Beliau berkata, harga subsidi itu penting bagi memastikan rakyat terus menikmati harga bahan api yang berpatutan.<\/p>\n<p>\u201cKadar RM1.99 adalah harga subsidi yang telah dipersetujui dan akan dikekalkan buat masa ini.<\/p>\n<p>\u201cNiatnya untuk mengekalkannya buat sementara waktu,\u201d jelas Amir Hamzah dalam taklimat media mengenai BUDI95 hari ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Amir Hamzah berkata tiada jaminan harga tersebut dapat kekal selama-lamanya.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak boleh menjamin ia kekal sepanjang masa kerana ia bergantung kepada keadaan semasa,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Mengenai pelaksanaannya, beliau memberitahu kerajaan sedang memperhalusi mekanisme had penggunaan harian bagi mengelakkan berlakunya ketirisan subsidi.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu memberikan syarat yang ketat. Mekanisme yang bakal ditetapkan tidak akan menyusahkan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Antara pertimbangan tersebut adalah mengehadkan kekerapan pengisian dalam tempoh tertentu atau menetapkan had penggunaan harian.<\/p>\n<p>\u201cMungkin mekanisme penggunaan harian adalah seperti tidak membenarkan seseorang itu mengisi setiap 10 minit kerana berkemungkinan akan digunakan untuk kepentingan lain yang menimbulkan ketirisan. Tapi yang itu nanti kita akan perhalusi,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Program BUDI95 yang bermula 30 September ini membolehkan semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu aktif membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter, iaitu lebih rendah daripada harga semasa RM2.05.<\/p>\n<p>Manfaat ini adalah eksklusif untuk rakyat Malaysia, manakala warga asing akan membeli pada harga tanpa subsidi.<\/p>\n<p>Amir Hamzah berkata, langkah ini membuktikan kerajaan mengotakan janji dan penjimatan daripada penyasaran subsidi akan disalurkan semula untuk program kesejahteraan rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi Madani RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada harga RM1.99 seliter buat masa ini. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan menjelaskankerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula harga tersebut dalam tempoh terdekat memandangkan ia merupakan janji yang telah dibuat kepada rakyat. Beliau berkata, harga subsidi itu penting bagi memastikan rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[298,1810,74,76,555,296],"authors":[],"class_list":["post-3610","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amir-hamzah-azizan","tag-menteri-kewangan-ii","tag-minyak","tag-petrol","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3610","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3610"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3610\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3611,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3610\/revisions\/3611"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3610"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3610"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3610"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3610"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}