{"id":3619,"date":"2025-09-24T03:20:16","date_gmt":"2025-09-24T03:20:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3619"},"modified":"2025-09-24T03:20:16","modified_gmt":"2025-09-24T03:20:16","slug":"malaysia-pimpin-asean-ke-arah-masa-depan-digital-mampan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-pimpin-asean-ke-arah-masa-depan-digital-mampan\/","title":{"rendered":"Malaysia pimpin ASEAN ke arah masa depan digital mampan"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia menggariskan tiga tonggak utama bagi memacu transformasi digital ASEAN yang kukuh dan inklusif, iaitu membina kepercayaan digital, memacu inovasi, dan mengukuhkan kerjasama serantau.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan asas kepada segala pembangunan digital adalah kepercayaan pengguna dengan memastikan persekitaran yang selamat untuk memanfaatkan potensi ekonomi digital rantau ini.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia komited untuk menjadikan kepercayaan digital sebagai keutamaan melalui penggubalan Akta Keselamatan Siber 2024 dan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, di samping kempen keselamatan internet yang telah memberi manfaat kepada lebih 150,000 rakyat,\u201d katanya semasa pembukaan Sidang Kemuncak Negara Digital Kuala Lumpur, Edisi ASEAN, yang buat pertama kali diadakan di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Anjuran bersama Kementerian Komunikasi dan GSMA, sidang kemuncak berprestij ini menghimpunkan pemimpin kerajaan, pengawal selia, dan wakil industri bagi membincangkan hala tuju bersama dalam memanfaatkan potensi ekonomi digital rantau ini.<\/p>\n<p>Tambah Teo, inovasi pula merupakan enjin pertumbuhan yang mendorong ekonomi digital ASEAN, yang dianggarkan bernilai USD300 bilion pada masa ini dan dijangka mencecah USD1 trilion menjelang 2030.<\/p>\n<p>Di peringkat domestik, inisiatif seperti Geran Digital PMKS Madani, program JENDELA, dan peluasan liputan 5G yang telah mencapai 82.4% kawasan berpenduduk akan terus memperkasa perniagaan dan komuniti.<\/p>\n<p>Teras ketiga yang ditekankan adalah kerjasama erat antara negara ASEAN, sektor swasta, dan rakan antarabangsa.<\/p>\n<p>Kerjasama ini termasuklah peluasan siri GSMA M360 ke rantau ini pada 2026, selaras dengan Visi ASEAN 2045.<\/p>\n<p>\u201cSidang kemuncak ini adalah permulaan kepada bab baharu pembinaan negara digital ASEAN \u2013 dipacu kepercayaan, berkembang melalui inovasi, dan maju bersama,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Sidang kemuncak ini diharapkan dapat mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju dalam membentuk ekosistem digital ASEAN yang lebih selamat, berdaya saing dan mampan untuk semua.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia menggariskan tiga tonggak utama bagi memacu transformasi digital ASEAN yang kukuh dan inklusif, iaitu membina kepercayaan digital, memacu inovasi, dan mengukuhkan kerjasama serantau. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menegaskan asas kepada segala pembangunan digital adalah kepercayaan pengguna dengan memastikan persekitaran yang selamat untuk memanfaatkan potensi ekonomi digital rantau ini. \u201cMalaysia komited untuk menjadikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3620,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[221,38,1817,33,1816],"authors":[],"class_list":["post-3619","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asean","tag-malaysia","tag-sidang-kemuncak-negara-digital","tag-teo-nie-ching","tag-timbalan-menteri-komunikasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3619","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3619"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3619\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3621,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3619\/revisions\/3621"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3620"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3619"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3619"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3619"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3619"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}