{"id":3629,"date":"2025-09-24T04:50:38","date_gmt":"2025-09-24T04:50:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3629"},"modified":"2025-09-24T05:05:18","modified_gmt":"2025-09-24T05:05:18","slug":"langkah-bijak-kekalkan-subsidi-ron95-kerajaan-berpeluang-kekal-pru-16-hassan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/langkah-bijak-kekalkan-subsidi-ron95-kerajaan-berpeluang-kekal-pru-16-hassan\/","title":{"rendered":"Langkah bijak kekalkan subsidi RON95, kerajaan berpeluang kekal PRU-16: Hassan"},"content":{"rendered":"<p>Hassan Abdul Karim memuji keputusan kerajaan mengekalkan subsidi petrol RON95 untuk semua warganegara sebagai satu langkah ekonomi yang bijak.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, langkah ini bukan sahaja memberikan manfaat menyeluruh tetapi juga berpotensi menjadi asas kukuh untuk sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Hassan menjelaskan walaupun konsep falsafah \u2018Madani\u2019 mungkin sukar difahami sepenuhnya oleh rakyat biasa, pengumuman mengenai subsidi tersebut telah disambut baik kerana ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian.<\/p>\n<p>\u201cRakyat miskin dan kaya menyokong pengumuman kerajaan Madani bahawa subsidi petrol RON95 untuk semua warganegara.<\/p>\n<p>\u201cDasar seperti ini popular kepada rakyat tanpa mengira kelas dan ras. Bukanlah satu kesalahan bagi kerajaan melaksanakan dasar yang popular,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau menekankan pendekatan ini membawa manfaat berganda dan kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, manakala rakyat berpendapatan rendah dan sederhana pula mendapat ruang untuk meningkatkan lebihan pendapatan boleh guna.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan dapat berjimat; rakyat juga dapat berjimat. Sedikit sebanyak pendapatan boleh belanja rakyat bertambah,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Malah, katanya, dasar ini turut disokong oleh golongan T20 memandangkan ia bersifat inklusif.<\/p>\n<p>Langkah mengekalkan harga runcit RON95 pada RM2.05 seliter dilihat sebagai kestabilan yang diperlukan rakyat, terutamanya ketika berdepan tekanan inflasi.<\/p>\n<p>Hassan yakin jika kerajaan konsisten melaksanakan lebih banyak dasar seumpama ini yang meringankan beban hidup rakyat, ia boleh menjadi kelebihan politik yang ketara.<\/p>\n<p>\u201cJika ada banyak formula ekonomi seperti ini, di mana semua rakyat suka; kos sara hidup tidak menyeksa, kadar inflasi kalau naik pun berpada-pada; gaji rakyat naik tinggi selaras kenaikan produktiviti, maka ada peluang kerajaan Madani jadi kerajaan semula pada PRU-16 nanti,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hassan Abdul Karim memuji keputusan kerajaan mengekalkan subsidi petrol RON95 untuk semua warganegara sebagai satu langkah ekonomi yang bijak. Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, langkah ini bukan sahaja memberikan manfaat menyeluruh tetapi juga berpotensi menjadi asas kukuh untuk sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Hassan menjelaskan walaupun konsep falsafah \u2018Madani\u2019 mungkin sukar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1821,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1051,285,1821,76,9,101,555,296],"authors":[],"class_list":["post-3629","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-hassan-abdul-karim","tag-madani","tag-pasir-gudang","tag-petrol","tag-pkr","tag-pru-16","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3629","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3629"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3629\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3635,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3629\/revisions\/3635"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1821"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3629"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3629"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3629"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3629"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}