{"id":3640,"date":"2025-09-24T07:06:24","date_gmt":"2025-09-24T07:06:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3640"},"modified":"2025-09-24T07:06:24","modified_gmt":"2025-09-24T07:06:24","slug":"tunggakan-cukai-jalan-kereta-mewah-cecah-rm35-7-juta-berdepan-tindakan-sita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tunggakan-cukai-jalan-kereta-mewah-cecah-rm35-7-juta-berdepan-tindakan-sita\/","title":{"rendered":"Tunggakan cukai jalan kereta mewah cecah RM35.7 juta, berdepan tindakan sita"},"content":{"rendered":"<p>Golongan kenamaan (VIP), termasuk ahli politik dan ahli perniagaan ternama, didapati antara pemilik kenderaan mewah yang cuai membayar cukai jalan, dengan jumlah tunggakan terkumpul mencecah hampir RM35.7 juta.<\/p>\n<p>Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati lima jenama kenderaan mewah mencatatkan tunggakan tertinggi iaitu Rolls-Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari, dan Porsche.<\/p>\n<p>\u201cKeseluruhannya, hanya lima jenis kenderaan ini sahaja sudah mencecah hampir RM35.7 juta cukai jalan yang tidak diperbaharui.<\/p>\n<p>\u201cJumlah ini melibatkan kurang 10,000 kenderaan tetapi nilai tunggakan sangat besar,\u201d jelas Loke semasa satu sidang akhbar hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan JPJ mempunyai rekod lengkap semua pemilik kenderaan terbabit dalam sistemnya.<\/p>\n<p>Walaupun begitu, beliau memilih untuk tidak menghebahkan nama individu terlibat atas sebab tidak mahu memalukan mereka.<\/p>\n<p>\u201cSaya mohon mereka yang tergolong dalam kumpulan ini supaya menjalankan tanggungjawab memperbaharui cukai jalan masing-masing,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Bagi menangani isu ini, Loke memberitahu JPJ sedang melaksanakan \u2018Ops Luxury\u2019 secara berterusan untuk mengesan dan menyita kenderaan mewah yang tidak mempunyai cukai jalan dan insurans yang sah.<\/p>\n<p>\u201cKenderaan yang ditahan akan diserta serta-merta. Operasi ini bukan bertujuan memalukan individu tertentu tetapi memberi mesej jelas bahawa semua pihak, tanpa mengira status, mesti mematuhi undang-undang,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau juga memberi amaran kepada pemilik yang sengaja menunggu kenderaan mereka disita semata-mata untuk membayar kompaun yang lebih murah.<\/p>\n<p>\u201cJika sikap ini berterusan, kami tidak teragak-agak mengambil langkah lebih drastik. Jangan paksa kami umumkan nama atau dedahkan senarai pemilik jika mereka terus berdegil,\u201d kata Loke.<\/p>\n<p>Menurutnya, kadar cukai jalan bagi kenderaan mewah boleh mencecah antara RM15,000 hingga RM30,000 setahun.<\/p>\n<p>JPJ telah menyita lebih 400 kenderaan mewah dalam beberapa bulan kebelakangan ini melalui operasi berterusan yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Golongan kenamaan (VIP), termasuk ahli politik dan ahli perniagaan ternama, didapati antara pemilik kenderaan mewah yang cuai membayar cukai jalan, dengan jumlah tunggakan terkumpul mencecah hampir RM35.7 juta. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mendedahkan semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati lima jenama kenderaan mewah mencatatkan tunggakan tertinggi iaitu Rolls-Royce, Lamborghini, Bentley, Ferrari, dan Porsche. \u201cKeseluruhannya, hanya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3641,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[508,1827,53,223,1826,1825],"authors":[],"class_list":["post-3640","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anthony-loke","tag-cukai-jalan","tag-jpj","tag-kereta","tag-menteri-pengangkutan","tag-mewah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3640","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3640"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3640\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3642,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3640\/revisions\/3642"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3641"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3640"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3640"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3640"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3640"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}