{"id":3647,"date":"2025-09-24T07:37:54","date_gmt":"2025-09-24T07:37:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3647"},"modified":"2025-09-24T07:37:54","modified_gmt":"2025-09-24T07:37:54","slug":"satu-lagi-rakaman-video-rasuah-rm1-78-juta-kepada-kitingan-didedah-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/satu-lagi-rakaman-video-rasuah-rm1-78-juta-kepada-kitingan-didedah-laporan\/","title":{"rendered":"Satu lagi rakaman video rasuah RM1.78 juta kepada Kitingan didedah: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Ahli perniagaan Albert Tei sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan dengan mengeluarkan rakaman video yang mendakwa menunjukkan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr Jeffrey Kitingan, menerima bayaran berjumlah RM1.78 juta berkaitan dengan lesen perlombongan.<\/p>\n<p>Dalam rakaman yang didakwa direkod di sebuah restoran makanan laut di ibu negara, Tei didengar memberitahu Kitingan untuk memberi wang habuan secara tunai kepadanya.<\/p>\n<p>\u201cDatuk, itu RM1.6 juta saya bagi Datuk itu, itu cash, no problem, Datuk,\u201d menurut laporan Malaysiakini yang mendedahkan rakaman tersebut.<\/p>\n<p>Tei juga memaklumkan jumlah sebenar yang didakwa diberikan ialah RM1.78 juta, lebih tinggi daripada angka disebut dalam video.<\/p>\n<p>Rakaman tersebut memaparkan perbualan mereka mengenai pembatalan lesen penerokaan perlombongan dengan Tei dilihat memberitahu Kitingan tentang risiko jika disaman oleh rakan perniagaannya.<\/p>\n<p>\u201cIni RM7 juta siapa mau tanggung? Kalau partner saman saya, saya mati Datuk.\u201d<\/p>\n<p>Kitingan kedengaran menjawab, \u201cHmm, ini mau ada timing juga ini,\u201d sebelum rakaman berakhir.<\/p>\n<p>Tei juga mendakwa membuat bayaran kepada timbalan Kitingan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook, Ellron Alfred Angin, sebanyak lebih RM550,000, dan RM300,000 kepada ADUN Bingkor, Robert Tawik.<\/p>\n<p>Menurut Tei, kesemua transaksi ini berkaitan dengan sokongan untuk lesen-lesen perlombongan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah support Datuk. Saya sudah serah bagi Datuk RM1.6 juta saya sudah bagi. Itu tak apa Datuk. Saya dengan Datuk OK,\u201d kata Tei dalam rakaman itu.<\/p>\n<p>Sepanjang perbualan, Kitingan tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan transaksi tersebut.<\/p>\n<p>Dalam reaksi awal pada Jun lalu, Ketua Penerangan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Anuar Ghani Gilong, menyifatkan dakwaan terhadap Kitingan sebagai \u201csama sekali tidak berasas\u201d dan merupakan satu langkah politik untuk menggugat kerajaan Sabah.<\/p>\n<p>Tei, yang sebelum ini mendedahkan beberapa rakaman lain berkaitan isu lesen perlombongan, menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Malah, Tei juga antara individu yang telah didakwa dalam kes rasuah lesen perlombongan berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli perniagaan Albert Tei sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan dengan mengeluarkan rakaman video yang mendakwa menunjukkan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Dr Jeffrey Kitingan, menerima bayaran berjumlah RM1.78 juta berkaitan dengan lesen perlombongan. Dalam rakaman yang didakwa direkod di sebuah restoran makanan laut di ibu negara, Tei didengar memberitahu Kitingan untuk memberi wang habuan secara tunai [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3648,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1829,981,1832,1831,24,21,1830],"authors":[],"class_list":["post-3647","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-jeffrey-kitingan","tag-lesen","tag-parti-solidariti-tanah-airku","tag-perlombongan","tag-rasuah","tag-sprm","tag-timbalan-ketua-menteri-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3647","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3647"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3647\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3649,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3647\/revisions\/3649"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3648"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3647"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3647"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3647"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3647"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}