{"id":3665,"date":"2025-09-25T07:33:07","date_gmt":"2025-09-25T07:33:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3665"},"modified":"2025-09-25T07:33:07","modified_gmt":"2025-09-25T07:33:07","slug":"umno-sabah-desak-sprm-siasat-kitingan-selepas-pendedahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-sabah-desak-sprm-siasat-kitingan-selepas-pendedahan\/","title":{"rendered":"UMNO Sabah desak SPRM siasat Kitingan selepas pendedahan"},"content":{"rendered":"<p>UMNO Sabah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Jeffrey Kitingan berikutan pengakuannya didakwa menerima sumbangan politik tanpa deklarasi rasmi.<\/p>\n<p>Gesaan itu dibuat susulan kenyataan Kitingan yang mengesahkan rakaman video perbualannya dengan seorang ahli perniagaan adalah mengenai sumbangan politik, tetapi menegaskan ia dibuat bertahun-tahun lalu sebelum pilihan raya.<\/p>\n<p>Ketua Sekretariat War Room UMNO Sabah, Abdul Aziz Julkarnain, menggambarkan pendedahan itu sebagai satu perkara serius yang mencalarkan prinsip ketelusan dan integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>\u201cLebih mengejutkan, pengakuan ini datang daripada seorang pemimpin yang selama ini mendakwa memperjuangkan kedaulatan rakyat Sabah menerusi slogan \u2018Sabah for Sabahan\u2019,\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n<p>\u201cSlogan tersebut kini semakin kehilangan makna apabila beberapa pemimpin yang turut melaungkan \u2018Rumah Kita, Kita Jaga\u2019 terpalit dengan dakwaan berkaitan urus niaga dan kepentingan ekonomi negeri yang meragukan,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Abdul Aziz menegaskan tindakan menerima dana tanpa pengisytiharan terbuka menimbulkan keraguan tentang kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang, khususnya di bawah Akta SPRM 2009.<\/p>\n<p>\u201cTanpa dokumentasi sah dan proses pengisytiharan yang telus, penerimaan dana sebegini boleh dianggap sebagai satu bentuk sogokan berkepentingan yang menuntut siasatan segera,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau seterusnya mendesak supaya diadakan siasatan menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cRakyat Sabah berhak mengetahui perkara sebenar. SPRM digesa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung sumber dana, identiti pemberi, serta sebarang kaitan dengan kelulusan kerajaan negeri,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya terbukti wujud unsur pertukaran kepentingan, maka tindakan undang-undang mesti diambil tanpa kompromi,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Terdahulu, Kitingan yang juga Presiden STAR menafikan tuduhan ahli perniagaan, Albert Tei, yang mendakwanya menerima rasuah berkaitan lesen penerokaan mineral.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan perbualan dalam rakaman video itu adalah mengenai sumbangan politik lama dan tidak ada kena-mengena dengan skandal perlombongan yang melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO Sabah mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Jeffrey Kitingan berikutan pengakuannya didakwa menerima sumbangan politik tanpa deklarasi rasmi. Gesaan itu dibuat susulan kenyataan Kitingan yang mengesahkan rakaman video perbualannya dengan seorang ahli perniagaan adalah mengenai sumbangan politik, tetapi menegaskan ia dibuat bertahun-tahun lalu sebelum pilihan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3648,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1838,151,1829,1837,24,102,21,1836,146],"authors":[],"class_list":["post-3665","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-aziz-julkarnain","tag-grs","tag-jeffrey-kitingan","tag-lesen-perlombongan","tag-rasuah","tag-sabah","tag-sprm","tag-star","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3665","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3665"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3665\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3666,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3665\/revisions\/3666"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3648"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3665"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3665"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3665"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3665"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}