{"id":3667,"date":"2025-09-25T07:38:07","date_gmt":"2025-09-25T07:38:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3667"},"modified":"2025-09-25T10:24:09","modified_gmt":"2025-09-25T10:24:09","slug":"penyedia-media-sosial-digesa-laksana-pengesahan-identiti-pengguna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penyedia-media-sosial-digesa-laksana-pengesahan-identiti-pengguna\/","title":{"rendered":"Penyedia media sosial digesa laksana pengesahan identiti pengguna"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi menggesa semua penyedia platform media sosial untuk melaksanakan proses pengesahan identiti pelanggan secara elektronik (eKYC) menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegaskan langkah ini penting bagi memastikan identiti setiap pengguna disahkan sepenuhnya untuk mengurangkan jenayah penipuan dalam talian dan sekaligus menghalang kanak-kanak bawah usia 13 tahun daripada membuka akaun media sosial secara sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, ia masih bersifat gesaan. Namun, apabila Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA) berkuat kuasa hujung tahun ini atau awal tahun depan, ia akan menjadi satu kewajipan,\u201d jelas Fahmi.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.<\/p>\n<p>\u201cKita dapati platform-platform seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram, dan TikTok tidak mempunyai sistem eKYC yang benar-benar berkemampuan.<\/p>\n<p>Justeru, kita telah meminta mereka melaksanakan proses eKYC dengan menggunakan dokumen-dokumen rasmi kerajaan,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau menekankan kerajaan bersikap tegas dalam memastikan rakyat Malaysia dilindungi daripada ancaman jenayah dalam talian seperti penipuan pelaburan, judi haram, dan penjualan barang terlarang.<\/p>\n<p>Sebagai tindakan susulan, Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan menyelaras satu pertemuan bersama pihak berkuasa dalam tempoh dua minggu ini.<\/p>\n<p>Pertemuan yang akan diadakan di Singapura itu akan melibatkan wakil dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Peguam Negara, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan, Kementerian Kewangan, serta syarikat platform media sosial Meta dan TikTok.<\/p>\n<p>Antara isu utama yang akan dibincangkan ialah masalah penjualan barang larangan, termasuk cecair vape yang mengandungi dadah, di platform Meta seperti Facebook, serta pelaksanaan sistem eKYC yang lebih kukuh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi menggesa semua penyedia platform media sosial untuk melaksanakan proses pengesahan identiti pelanggan secara elektronik (eKYC) menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti MyKad, pasport atau MyDigital ID. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegaskan langkah ini penting bagi memastikan identiti setiap pengguna disahkan sepenuhnya untuk mengurangkan jenayah penipuan dalam talian dan sekaligus menghalang kanak-kanak bawah usia 13 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":753,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1839,112,1840,184,405,1376,143],"authors":[],"class_list":["post-3667","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ekyc","tag-fahmi","tag-identiti","tag-komunikasi","tag-media-sosial","tag-mykad","tag-onsa"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3667","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3667"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3667\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3668,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3667\/revisions\/3668"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3667"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3667"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3667"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3667"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}