{"id":3677,"date":"2025-09-25T10:36:38","date_gmt":"2025-09-25T10:36:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3677"},"modified":"2025-09-25T10:36:38","modified_gmt":"2025-09-25T10:36:38","slug":"kementerian-komunikasi-bersama-mof-kpdn-pastikan-maklumat-budi95-jelas-dan-tepat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kementerian-komunikasi-bersama-mof-kpdn-pastikan-maklumat-budi95-jelas-dan-tepat\/","title":{"rendered":"Kementerian Komunikasi bersama MOF, KPDN pastikan maklumat BUDI95 jelas dan tepat"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memastikan maklumat mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) disampaikan dengan tepat kepada orang ramai, terutamanya di stesen-stesen minyak.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat sahih berkenaan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter yang berkuat kuasa pada 30 September ini.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga telah minta supaya pihak MOF menjemput sekiranya ada TikTokers, laman-laman sesawang, pempengaruh dan sebagainya, yang mungkin ingin tahu maklumat yang lebih tepat, ke satu sesi penerangan.<\/p>\n<p>\u201cIni termasuklah rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan, supaya semua pihak faham,\u201d jelas Fahmi selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menambah, usaha menyebarkan maklumat tepat ini akan dilaksanakan secara menyeluruh melalui media massa dan media sosial.<\/p>\n<p>\u201cKita memastikan maklumat yang tepat mengenai isu-isu yang dibangkitkan sampai kepada khalayak umum. Jadi, ini antara yang diusahakan oleh Kementerian Komunikasi,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Selain itu, Fahmi meminta semua agensi di bawah kementeriannya, termasuk Jabatan Penerangan, J-KOM, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), untuk mendalami Soalan Lazim (FAQ) yang disediakan oleh MOF.<\/p>\n<p>Tujuannya adalah bagi memastikan penerangan yang konsisten dan tepat dapat diberikan kepada orang ramai di mana-mana sahaja, termasuk di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).<\/p>\n<p>\u201cSaya minta pasukan MCMC maklumkan kepada semua pengurus NADI untuk baca dan teliti FAQ tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSupaya sesiapa yang bertanya, boleh dengan mudah kita jawab kerana yang diusahakan oleh kerajaan ini adalah untuk memastikan yang menerima manfaat ini hanyalah rakyat Malaysia,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Inisiatif BUDI95 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Isnin lepas, menawarkan harga subsidi RON95 kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen memandu sah.<\/p>\n<p>Semakan kelayakan boleh dibuat bermula hari ini melalui portal rasmi www.budi95.gov.my.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memastikan maklumat mengenai pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) disampaikan dengan tepat kepada orang ramai, terutamanya di stesen-stesen minyak. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menjelaskan langkah ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1798,49,184,74,76,555,296],"authors":[],"class_list":["post-3677","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-budi95","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-minyak","tag-petrol","tag-ron95","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3677","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3677"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3677\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3679,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3677\/revisions\/3679"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3677"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3677"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3677"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3677"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}