{"id":3692,"date":"2025-09-26T04:15:42","date_gmt":"2025-09-26T04:15:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3692"},"modified":"2025-09-26T04:15:42","modified_gmt":"2025-09-26T04:15:42","slug":"akmal-cabar-dapsy-bawa-cadangan-putus-hubungan-dengan-umno-secara-rasmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/akmal-cabar-dapsy-bawa-cadangan-putus-hubungan-dengan-umno-secara-rasmi\/","title":{"rendered":"Akmal cabar DAPSY bawa cadangan putus hubungan dengan UMNO secara rasmi"},"content":{"rendered":"<p>Dr. Akmal Saleh, mencabar DAPSY untuk memutuskan hubungan politik dengan UMNO secara rasmi dan tidak hanya sekadar \u2018sembang sahaja\u2019.<\/p>\n<p>Cabaran itu dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO tersebut sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong, yang menyatakan sayap pemuda DAP itu tidak boleh bekerjasama dengan Pemuda UMNO dan MCA atas faktor perbezaan haluan.<\/p>\n<p>Akmal menyifatkan kenyataan Kah Leong itu sebagai sesuatu yang membimbangkan dan bersyukur kerana DAPSY jelas dengan pendirian mereka.<\/p>\n<p>Namun, beliau mahu gesaan itu disampaikan kepada pucuk pimpinan tertinggi DAP.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, syukur. Saya minta juga Ketua Pemuda DAPSY untuk maklumkan pada \u2018boss\u2019 dia, beritahu mereka putus lah hubungan terus dengan UMNO, jangan sembang sahaja.<\/p>\n<p>\u201cKalau sembang sahaja tak berguna,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Pandangan Kah Leong itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan pendirian Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, mengenai kerjasama masa depan dalam Kerajaan Perpaduan.<\/p>\n<p>Loke sebelum ini menegaskan bahawa sekiranya Pakatan Harapan (PH) meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), DAP berhasrat untuk mengekalkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenanginya sebelum ini.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, pendirian itu adalah berdasarkan prinsip yang dipersetujui bersama dalam pakatan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita bekerjasama dalam kerangka Kerajaan Perpaduan, maka kita tidak boleh bertembung antara satu sama lain. Maksudnya, kita perlu ada pembahagian kerusi yang jelas,\u201d jelas Loke.<\/p>\n<p>Situasi ini mendedahkan jurang pendirian yang ketara antara sayap pemuda dan pucuk pimpinan DAP, sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan kerjasama PH-BN pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dr. Akmal Saleh, mencabar DAPSY untuk memutuskan hubungan politik dengan UMNO secara rasmi dan tidak hanya sekadar \u2018sembang sahaja\u2019. Cabaran itu dikeluarkan Ketua Pemuda UMNO tersebut sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pemuda DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong, yang menyatakan sayap pemuda DAP itu tidak boleh bekerjasama dengan Pemuda UMNO dan MCA atas faktor perbezaan haluan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":203,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,508,1181,1845,171,1740,146,1253],"authors":[],"class_list":["post-3692","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-anthony-loke","tag-dapsy","tag-hubungan","tag-pemuda","tag-putus","tag-umno","tag-woo-kah-leong"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3692","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3692"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3692\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3693,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3692\/revisions\/3693"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/203"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3692"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3692"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3692"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3692"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}