{"id":3696,"date":"2025-09-26T06:18:27","date_gmt":"2025-09-26T06:18:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3696"},"modified":"2025-09-26T08:43:13","modified_gmt":"2025-09-26T08:43:13","slug":"fahmi-hulur-bantuan-langsung-kepada-mangsa-banjir-di-sabah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-hulur-bantuan-langsung-kepada-mangsa-banjir-di-sabah\/","title":{"rendered":"Fahmi hulur bantuan langsung kepada mangsa banjir di Sabah"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 219 ahli Komuniti Madani dan warga Kementerian Komunikasi di Sabah menerima bantuan kewangan secara langsung daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bagi meringankan beban susulan bencana banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.<\/p>\n<p>Bantuan tersebut disampaikan dalam satu majlis yang diadakan di Kota Kinabalu, melibatkan 160 ahli komuniti dari daerah Penampang, Beaufort, Kota Kinabalu, Papar, dan Tuaran, serta 56 warga jabatan dan agensi di bawah kementerian berkenaan, dan tiga wakil dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).<\/p>\n<p>Dalam ucapannya, Fahmi berkata pemberian bantuan tunai ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan dan inisiatif segera untuk membantu meringankan kesusahan yang dialami mangsa.<\/p>\n<p>\u201cProgram ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial Kementerian Komunikasi dan selari dengan prinsip kesejahteraan serta ihsan dalam Malaysia Madani,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan tentang keseriusan bencana yang meragut 14 nyawa di negeri ini.<\/p>\n<p>Majlis tersebut disambut dengan penuh penghargaan oleh para penerima bantuan.<\/p>\n<p>Fathin Alliza Jamal, 38, penerbit RTM Sabah yang merupakan mangsa banjir dari Kampung Langsat, Kinarut, meluahkan rasa terharunya.<\/p>\n<p>\u201cSaya sangat bersyukur. Kami sering dilanda banjir sejak 2017, namun ini kali pertama kami menerima bantuan kewangan secara langsung. Mungkin sebelum ini kami tidak ke pusat pemindahan, jadi terlepas pandang. Kerugian kami mencecah lebih RM5,000,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Perkongsian sama diluahkan oleh Ricky Richard, 54, ahli Komuniti Madani dari Kampung Kibabaig, Penampang.<\/p>\n<p>\u201cRumah saya sering dilanda banjir, walaupun air hanya paras lutut. Ia masih merosakkan barangan dan menyukarkan pembersihan. Saya bersyukur dengan bantuan kali ini dan berharap lebih banyak pihak tampil membantu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Program santuni ini diharapkan dapat memberikan sedikit kelegaan serta menjadi pemangkin kepada bantuan berterusan bagi memulihkan kehidupan mangsa bencana di Sabah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 219 ahli Komuniti Madani dan warga Kementerian Komunikasi di Sabah menerima bantuan kewangan secara langsung daripada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, bagi meringankan beban susulan bencana banjir dan tanah runtuh baru-baru ini. Bantuan tersebut disampaikan dalam satu majlis yang diadakan di Kota Kinabalu, melibatkan 160 ahli komuniti dari daerah Penampang, Beaufort, Kota Kinabalu, Papar, dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3697,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1674,944,112,184,285,15,102],"authors":[],"class_list":["post-3696","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-banjir","tag-bantuan","tag-fahmi","tag-komunikasi","tag-madani","tag-nadi","tag-sabah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3696","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3696"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3696\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3699,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3696\/revisions\/3699"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3697"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3696"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3696"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3696"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3696"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}