{"id":3703,"date":"2025-09-26T06:38:52","date_gmt":"2025-09-26T06:38:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3703"},"modified":"2025-09-26T06:38:52","modified_gmt":"2025-09-26T06:38:52","slug":"pasar-tani-kekal-relevan-kerajaan-komited-bantu-petani-dan-nelayan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pasar-tani-kekal-relevan-kerajaan-komited-bantu-petani-dan-nelayan-anwar\/","title":{"rendered":"Pasar tani kekal relevan, kerajaan komited bantu petani dan nelayan: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani dan nelayan secara lebih berkesan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan bersepadu amat diperlukan dan tiada agensi boleh berfungsi secara bersendirian bagi mencari pendekatan terbaik untuk menangani masalah yang membelenggu kumpulan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cPenyelesaian masalah petani ini bukan sahaja dengan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), mesti dengan Jabatan Pertanian, mesti dengan LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) dan mana-mana kaedah serta badan dan agensi yang boleh menyelaras,\u201d kata semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Pasar Tani Peringkat Kebangsaan hari ini.<\/p>\n<p>\u201cApa yang dilakukan FAMA dan Kementerian Pertanian itu penting kerana bila harga terjamin, kita boleh tekankan supaya pengeluaran bertambah,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Anwar turut menggesa KPKM dan agensinya untuk sentiasa berfikir di luar kotak dalam mencari kaedah baharu meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk tempatan.<\/p>\n<p>Beliau memberikan contoh kejayaan inisiatif penanaman bawang tempatan dan pemasaran durian yang kini mencecah nilai eksport berbilion ringgit.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu saya kata, sentiasa memikirkan kaedah baharu\u2026 kalau betul nak tolong petani dan nelayan kecil, maka pertamanya, minta hasil ditambah, dan menjamin harga yang munasabah. Dan ini peranan FAMA, maknanya ambillah langkah apa pun yang perlu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar menggalakkan rakyat Malaysia memanfaatkan ruang tanah di kediaman masing-masing untuk aktiviti pertanian kecil-kecilan bagi mengurangkan perbelanjaan isi rumah.<\/p>\n<p>Kerajaan bersedia menyokong inisiatif tersebut dengan bekalan benih dan latihan.<\/p>\n<p>Mengimbau sejarah Pasar Tani yang ditubuhkan ketika beliau menjadi Menteri Pertanian, Anwar berkata konsep itu lahir bagi membantu petani mengelakkan orang tengah.<\/p>\n<p>Sehingga kini, Pasar Tani telah berkembang ke 229 lokasi di seluruh negara dengan melibatkan lebih 5,600 usahawan.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah kerana permulaan itu, saya nak buktikan ia boleh dilakukan, bukan sekadar teori sahaja&#8230; bila kita sendiri usahakan, bawa ke Wisma Tani kemudian jual dan selesai&#8230; dengan petaninya, dengan pegawai FAMA yang bawa lori, semua gembira luar biasa,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kerjasama erat antara semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani dan nelayan secara lebih berkesan. Perdana Menteri menegaskan bahawa pendekatan bersepadu amat diperlukan dan tiada agensi boleh berfungsi secara bersendirian bagi mencari pendekatan terbaik untuk menangani masalah yang membelenggu kumpulan tersebut. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3704,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1848,18],"authors":[],"class_list":["post-3703","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-pasar-tani","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3703","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3703"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3703\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3705,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3703\/revisions\/3705"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3704"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3703"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3703"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3703"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3703"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}