{"id":3706,"date":"2025-09-26T08:42:57","date_gmt":"2025-09-26T08:42:57","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3706"},"modified":"2025-09-26T08:42:57","modified_gmt":"2025-09-26T08:42:57","slug":"kes-felcra-bung-moktar-tegaskan-tiada-perbincangan-habuan-dengan-ejen-pelaburan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-felcra-bung-moktar-tegaskan-tiada-perbincangan-habuan-dengan-ejen-pelaburan\/","title":{"rendered":"Kes Felcra: Bung Moktar tegaskan tiada perbincangan habuan dengan ejen pelaburan"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, hari ini memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak pernah berlaku sebarang perundingan antara beliau dengan dua ejen pelaburan berhubung penerimaan wang RM2.8 juta yang didakwa sebagai habuan.<\/p>\n<p>Bung Moktar, 65, yang merupakan saksi pembelaan pertama dalam kes rasuah membabitkan beliau dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, berkata dakwaan tersebut adalah tidak berasas.<\/p>\n<p>Beliau mengemukakan penafian itu ketika disoal oleh peguamnya, M Athimulan, berhubung cadangan pendakwaan yang mendakwa beliau menerima wang tersebut melalui isterinya.<\/p>\n<p>&#8220;Semua fakta yang saya nyatakan adalah jelas; tiada langsung unsur-unsur perbincangan, perundingan apatah lagi untuk menerima habuan daripada Norhaili Ahmad Mokhtar atau Madhi Abdul Hamid,&#8221; tegas Bung Moktar semasa memberi keterangan.<\/p>\n<p>Beliau juga menafikan dakwaan seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad meminta supaya wang pengenalan sebanyak RM3 juta dikurangkan kepada RM2.8 juta.<\/p>\n<p>Bung Moktar menegaskan tiada sebarang pertemuan, perbincangan, atau permintaan antara beliau dengan ejen-ejen unit amanah tersebut berhubung komisen pelaburan.<\/p>\n<p>Mengenai cadangan pendakwaan bahawa beliau mengarahkan wang berkenaan diuruskan oleh isterinya, Bung Moktar sekali lagi menafikannya.<\/p>\n<p>&#8220;Semua ini tidak betul. Saya menyatakan yang benar sahaja di mahkamah ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Kedua-dua saksi juga ditanya oleh pihak pendakwaan bertubi-tubi tetapi mereka menyatakan tidak ada apa-apa pemberian atau perbincangan atau pun arahan daripada saya pada bila-bila masa. Semua ini adalah rekaan semata-mata daripada pendakwaan,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Bung Moktar didakwa pada 3 Mei 2019 dengan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra bagi melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.<\/p>\n<p>Isterinya, Zizie Izette, juga berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya. Kesemua pertuduhan dibawa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.<\/p>\n<p>Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad dijadualkan bersambung pada 27 November ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, hari ini memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tidak pernah berlaku sebarang perundingan antara beliau dengan dua ejen pelaburan berhubung penerimaan wang RM2.8 juta yang didakwa sebagai habuan. Bung Moktar, 65, yang merupakan saksi pembelaan pertama dalam kes rasuah membabitkan beliau dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, berkata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1575,1537,58,504,24,21,1536],"authors":[],"class_list":["post-3706","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bung-moktar-radin","tag-felcra","tag-mahkamah","tag-pelaburan","tag-rasuah","tag-sprm","tag-zizie-izette"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3706","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3706"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3706\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3707,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3706\/revisions\/3707"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3706"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3706"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3706"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3706"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}