{"id":3708,"date":"2025-09-26T08:49:29","date_gmt":"2025-09-26T08:49:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3708"},"modified":"2025-09-26T08:49:29","modified_gmt":"2025-09-26T08:49:29","slug":"ahli-lembaga-pengarah-src-perlu-pikul-tanggungjawab-kerugian-as1-8-bilion-peguam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-lembaga-pengarah-src-perlu-pikul-tanggungjawab-kerugian-as1-8-bilion-peguam\/","title":{"rendered":"Ahli Lembaga Pengarah SRC perlu pikul tanggungjawab kerugian AS$1.8 bilion: Peguam"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Lembaga Pengarah (BoD) SRC International Sdn. Bhd. tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka berhubung kerugian AS$1.18 bilion yang dialami syarikat itu tanpa menjalankan siasatan yang sewajarnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.<\/p>\n<p>Hujah tersebut dikemukakan oleh peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee dalam kes saman SRC International terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, dan bekas ketua pegawai eksekutifnya, Nik Faisal Ariff Kamil.<\/p>\n<p>Muhammad Farhan berpendapat ahli lembaga pengarah tidak wajar berdalih dengan \u2018andaian khayalan\u2019 bahawa mereka bimbang akan dipecat jika tidak mematuhi arahan pemegang saham tunggal syarikat itu pada masa itu.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, adalah tidak munasabah untuk mereka berdiam diri mengenai isu kewangan serius dan hanya menurut arahan secara membuta tuli.<\/p>\n<p>\u201cMalah, jika mereka dipecat sekalipun, terdapat saluran undang-undang seperti membawa kes pemecatan itu ke Mahkamah Perusahaan.<\/p>\n<p>\u201cLembaga Pengarah sepatutnya bebas daripada sebarang tekanan dalam melaksanakan tugas dan kewajipan amanah mereka,\u201d hujahnya.<\/p>\n<p>Sebaliknya, peguam Chong Yik Loong yang mewakili salah seorang bekas ahli lembaga pengarah yang dinamakan sebagai pihak ketiga berhujah, anak guamnya merupakan pengarah bukan eksekutif dan tidak diwajibkan untuk terlibat secara langsung dalam hal ehwal operasi syarikat.<\/p>\n<p>Yik Loong juga mempertahankanahli lembaga pengarah tidak mempunyai tanggungjawab untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi atau menyiasat maklumat yang telah diberikan kepada mereka oleh pengurusan syarikat.<\/p>\n<p>Selepas mendengar hujahan daripada semua pihak, Hakim Ahmad Fairuz Zainol Abidin menangguhkan keputusan kes itu kepada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.<\/p>\n<p>Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan memaklumkan mahkamah memerlukan masa untuk meneliti hujahan yang dikemukakan.<\/p>\n<p>SRC International, di bawah pengurusan baharu, memfailkan saman pada Mei 2021 mendakwa berlakunya pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana syarikat.<\/p>\n<p>Syarikat itu memohon perintah agar Najib membayar AS$120 juta dan Nik Faisal membayar AS$2 juta sebagai ganti rugi.<\/p>\n<p>Beberapa bekas ahli lembaga pengarah turut dinamakan sebagai pihak ketiga dalam saman tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Lembaga Pengarah (BoD) SRC International Sdn. Bhd. tidak boleh melepaskan tanggungjawab mereka berhubung kerugian AS$1.18 bilion yang dialami syarikat itu tanpa menjalankan siasatan yang sewajarnya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini. Hujah tersebut dikemukakan oleh peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee dalam kes saman SRC International terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, dan bekas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":716,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[123,58,121,24,21,501],"authors":[],"class_list":["post-3708","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-1mdb","tag-mahkamah","tag-najib","tag-rasuah","tag-sprm","tag-src"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3708","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3708"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3708\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3709,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3708\/revisions\/3709"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3708"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3708"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3708"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3708"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}