{"id":3727,"date":"2025-09-28T05:59:53","date_gmt":"2025-09-28T05:59:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3727"},"modified":"2025-09-28T05:59:53","modified_gmt":"2025-09-28T05:59:53","slug":"pengguna-budi95-catat-transaksi-rm2-6-juta-pada-hari-pertama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengguna-budi95-catat-transaksi-rm2-6-juta-pada-hari-pertama\/","title":{"rendered":"Pengguna BUDI95 catat transaksi RM2.6 juta pada hari pertama"},"content":{"rendered":"<p>Inisiatif subsidi petrol RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95), mencatatkan transaksi sebanyak RM2.6 juta pada hari pertama pelaksanaannya, merangkumi pembelian kira-kira 1.3 juta liter petrol.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, jumlah tersebut direkodkan setakat pukul 9 malam hari ini, yang melibatkan pembelian petrol pada harga subsidi RM1.99 seliter oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai kumpulan pertama yang menikmati manfaat tersebut.<\/p>\n<p>Berdasarkan pemantauan di lapangan, urusan pembelian petrol menggunakan kad pengenalan MyKad berjalan dengan lancar.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan laporan di lapangan, urusan BUDI95 berjalan lancar dengan sistem BUDI95 stabil dan pembacaan MyKad oleh terminal di stesen minyak beroperasi dengan baik,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Kementerian itu juga menyampaikan penghargaan kepada semua anggota tentera dan polis yang merupakan perintis dalam memanfaatkan inisiatif kerajaan ini.<\/p>\n<p>Bermula esok, program BUDI95 akan diperluaskan kepada lebih lima juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada golongan B40.<\/p>\n<p>Pelaksanaan penuh program ini dijadualkan pada 30 September ini, yang akan membolehkan seramai 16 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif menikmati subsidi petrol tersebut.<\/p>\n<p>Sejak portal BUDI95 dibuka untuk semakan kelayakan pada 25 September lalu, seramai 8.1 juta orang telah menyemak status kelayakan mereka.<\/p>\n<p>Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh merujuk soalan lazim di portal rasmi BUDI95 atau menghubungi talian bantuan yang disediakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Inisiatif subsidi petrol RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95), mencatatkan transaksi sebanyak RM2.6 juta pada hari pertama pelaksanaannya, merangkumi pembelian kira-kira 1.3 juta liter petrol. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, jumlah tersebut direkodkan setakat pukul 9 malam hari ini, yang melibatkan pembelian petrol pada harga subsidi RM1.99 seliter oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1798,1854,76,18,555],"authors":[],"class_list":["post-3727","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-budi95","tag-fasa-pertama","tag-petrol","tag-pmx","tag-ron95"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3727","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3727"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3727\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3728,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3727\/revisions\/3728"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3727"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3727"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3727"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3727"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}