{"id":375,"date":"2025-05-26T15:45:02","date_gmt":"2025-05-26T15:45:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=375"},"modified":"2025-05-26T15:45:02","modified_gmt":"2025-05-26T15:45:02","slug":"anwar-raikan-pm-china-ke-sidang-asean-perkukuh-kerjasama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-raikan-pm-china-ke-sidang-asean-perkukuh-kerjasama\/","title":{"rendered":"Anwar raikan PM China ke Sidang Asean, perkukuh kerjasama"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau bersama Perdana Menteri China, Li Qiang bersetuju untuk terus mempertingkat kerjasama strategik, khususnya melalui platform Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang berlangsung esok.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Republik Rakyat China memperkukuh kerjasama serantau di masa hadapan.<\/p>\n<p>&#8220;Antara bidang tumpuan termasuk ekonomi, industri halal, perdagangan, pengangkutan terutamanya berkaitan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tenaga hijau serta pembangunan teknologi kecerdasan buatan,&#8221; katanya menerusi hantaran di laman Twitter beliau, malam ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian sempena pertemuan dua hala dengan Li, di samping Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 2025 di sini, pada Isnin.<\/p>\n<p>Anwar turut merakamkan penghargaan Malaysia terhadap sokongan China dalam usaha meningkatkan solidariti dan kerjasama antara negara Selatan Global.<\/p>\n<p>Beliau berkata, ia secara tidak langsung menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di peringkat serantau dan global.<\/p>\n<p>&#8220;Kerjasama erat ini amat bermanfaat buat Malaysia, China dan seluruh ASEAN. Semoga Sidang Kemuncak ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi rantau secara menyeluruh,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Li tiba ibu negara awal hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang diadakan buat julung-julung kalinya di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat berkaitan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini dan esok, serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2.<\/p>\n<p>Tahun ini menandakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN sepanjang sejarahnya sebagai anggota blok serantau itu, setelah mempengerusikannya sebelum ini pada 1977, 1997, 2005 dan 2015. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau bersama Perdana Menteri China, Li Qiang bersetuju untuk terus mempertingkat kerjasama strategik, khususnya melalui platform Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang berlangsung esok. Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Republik Rakyat China memperkukuh kerjasama serantau di masa hadapan. &#8220;Antara bidang tumpuan termasuk ekonomi, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":376,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,221,189,301,38,197],"authors":[],"class_list":["post-375","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asean","tag-china","tag-li-qiang","tag-malaysia","tag-perdana-menteri"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/375","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=375"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/375\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":377,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/375\/revisions\/377"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/376"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=375"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=375"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=375"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=375"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}