{"id":3755,"date":"2025-09-29T09:08:45","date_gmt":"2025-09-29T09:08:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3755"},"modified":"2025-09-29T09:08:45","modified_gmt":"2025-09-29T09:08:45","slug":"kerajaan-tolak-cadangan-caj-kenderaan-masuk-bandar-keutamaan-rakyat-dipentingkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-tolak-cadangan-caj-kenderaan-masuk-bandar-keutamaan-rakyat-dipentingkan\/","title":{"rendered":"Kerajaan tolak cadangan caj kenderaan masuk bandar, keutamaan rakyat dipentingkan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengenakan caj ke atas kenderaan persendirian yang memasuki kawasan bandar raya, tegas Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menganggap langkah sedemikan sebagai suatu beban buat rakyat pada masa ini dan penekanan utama kerajaan buat masa ini adalah untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih menyeluruh, bersepadu dan mesra pengguna.<\/p>\n<p>\u201cSesetengah negara mungkin melaksanakan caj kenderaan masuk bandar untuk menggalakkan pengangkutan awam, namun kita tidak mencadangkan langkah tersebut buat sementara ini.<\/p>\n<p>\u201cKita berasa ia mungkin akan membebankan rakyat,\u201d jelas Anwar dalam ucapannya semasa merasmikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, penyediaan kemudahan awam seperti TBG mencerminkan pendekatan baharu kerajaan yang lebih menyeluruh.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa supaya projek-projek kemudahan awam dilaksanakan dengan lebih pantas untuk manfaat rakyat.<\/p>\n<p>\u201cProjek terminal ini pernah tertangguh lama, menyebabkan kita menanggung kerugian. Oleh itu, seluruh jentera kerajaan perlu mempercepatkan langkah untuk memastikan kemudahan untuk rakyat dapat disiapkan dengan segera,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai keluhan orang ramai terhadap kos pengangkutan awam, Anwar meminta rakyat membuat perbandingan yang adil dengan mengambil kira kos menyeluruh memiliki dan menggunakan kenderaan persendirian.<\/p>\n<p>\u201cYa, kos penggunaan pengangkutan awam mungkin kelihatan sedikit tinggi kerana kemudahannya yang baharu dan canggih, yang melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi.<\/p>\n<p>\u201cNamun, kita perlu bandingkan dengan kos petrol, tol dan parkir jika menggunakan kenderaan sendiri,\u201d ulasnya.<\/p>\n<p>Anwar turut menekankan kepentingan perubahan budaya sivik dalam kalangan rakyat untuk menjaga kemudahan awam yang disediakan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan pendidikan dan kesedaran perlu diteruskan, namun tindakan tegas perlu dilakukan sekiranya terdapat sebarang perbuatan yang merosakkan harta awam.<\/p>\n<p>\u201cJika budaya kita masih terikat dengan cara lama, seperti membuang sampah merata-rata, ia akan membebankan. Mulakan dengan nasihat dan program kesedaran, tetapi pada masa tertentu, mesti ada tindakan dan hukuman,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Terminal Bersepadu Gombak (TBG) yang mula beroperasi 24 jam, berfungsi sebagai hab transit utama yang mampu mengendalikan sehingga 1,500 perjalanan bas dan menampung kira-kira 52,000 pengguna sehari.<\/p>\n<p>Terminal ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan komersial untuk keselesaan pengguna.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengenakan caj ke atas kenderaan persendirian yang memasuki kawasan bandar raya, tegas Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menganggap langkah sedemikan sebagai suatu beban buat rakyat pada masa ini dan penekanan utama kerajaan buat masa ini adalah untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih menyeluruh, bersepadu dan mesra pengguna. \u201cSesetengah negara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1863,77,1864],"authors":[],"class_list":["post-3755","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-caj","tag-kenderaan","tag-terminal-bersepadu-gombak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3755","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3755"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3755\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3757,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3755\/revisions\/3757"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3755"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}