{"id":3762,"date":"2025-09-29T09:26:29","date_gmt":"2025-09-29T09:26:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3762"},"modified":"2025-09-29T09:26:29","modified_gmt":"2025-09-29T09:26:29","slug":"saman-fitnah-ganti-rugi-ahli-parlimen-dap-dikurangkan-kepada-rm75000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/saman-fitnah-ganti-rugi-ahli-parlimen-dap-dikurangkan-kepada-rm75000\/","title":{"rendered":"Saman fitnah: Ganti rugi Ahli Parlimen DAP dikurangkan kepada RM75,000"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, membayar ganti rugi sebanyak RM75,000 berbanding jumlah asal RM2 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi kepada MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Jessy Lai Cha Suang, dalam kes saman fitnah.<\/p>\n<p>Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah sebulat suara memutuskan bahawa jumlah ganti rugi RM2 juta yang ditetapkan sebelum ini adalah &#8220;keterlaluan&#8221;.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Lip Eng telah memfitnah kedua-dua plaintif.<\/p>\n<p>&#8220;Panel ini bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi bahawa perkataan yang dipertikaian adalah bersifat fitnah dan telah mencemarkan reputasi plaintif,\u201d kata Sequerah.<\/p>\n<p>&#8220;Kenyataan yang dibuat oleh defendan adalah berdasarkan andaian semata-mata dan mendakwa plaintif telah memberi rasuah kepada pegawai kerajaan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan Lip Eng mengakui tidak mendapatkan penjelasan daripada plaintif sebelum membuat kenyataannya dan gagal mengemukakan sebarang dokumen untuk mengesahkan kebenaran tuduhan tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Ia adalah satu dakwaan serius yang telah menjejaskan reputasi plaintif,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n<p>Selain mengurangkan ganti rugi, mahkamah juga menurunkan jumlah kos daripada RM250,000 kepada RM50,000.<\/p>\n<p>Kes ini bermula apabila MonSpace dan Jessy memfailkan saman pada Jun 2019, mendakwa Lip Eng membuat kenyataan fitnah yang disiarkan dalam media menjalankan perniagaan haram serta menipu pelabur.<\/p>\n<p>Pada 16 Mac 2023, Mahkamah Tinggi memerintahkan Lip Eng membayar ganti rugi RM2 juta, namun kemudiaannya memfailkan rayuan pada hari yang sama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, membayar ganti rugi sebanyak RM75,000 berbanding jumlah asal RM2 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi kepada MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya, Jessy Lai Cha Suang, dalam kes saman fitnah. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah sebulat suara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3763,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,1867,1865,889,1866],"authors":[],"class_list":["post-3762","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-jessy-lai","tag-kepong","tag-lim-lip-eng","tag-monspace-m-sdn-bhd"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3762","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3762"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3762\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3764,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3762\/revisions\/3764"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3762"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3762"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3762"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3762"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}