{"id":3783,"date":"2025-09-30T03:59:16","date_gmt":"2025-09-30T03:59:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3783"},"modified":"2025-09-30T03:59:16","modified_gmt":"2025-09-30T03:59:16","slug":"gesaan-tindakan-disiplin-segera-diambil-terhadap-wan-saiful-rosakkan-imej-parti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/gesaan-tindakan-disiplin-segera-diambil-terhadap-wan-saiful-rosakkan-imej-parti\/","title":{"rendered":"Gesaan tindakan disiplin segera diambil terhadap Wan Saiful, rosakkan imej parti"},"content":{"rendered":"<p>Suasana dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi tegang ekoran desakan agar tindakan disiplin segera diambil terhadap Wan Saiful Wan Jan.<\/p>\n<p>Desakan agar tindakan diambil selepas Wan Saiful mengkritik secara terbuka Setiausaha Agung parti, Azmin Ali, berhubung sebuah video kontroversi lama pada 2019 dan kenyataannya menyerang pemimpin parti secara terbuka.<\/p>\n<p>Ketua Bersatu Johor, Sharuddin Jamal, menegaskan perkara ini perlu ditangani segera oleh jawatankuasa disiplin parti.<\/p>\n<p>\u201cSebagai sebuah organisasi politik yang berpegang pada prinsip tertib dan etika, sebarang pelanggaran disiplin atau kelakuan yang mencemar imej parti tidak boleh dipandang ringan.\u201d<\/p>\n<p>\u201cJawatankuasa disiplin mesti bertindak segera untuk mengekalkan keyakinan ahli dan orang ramai terhadap ketegasan serta kewibawaan parti,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Sharuddin turut menggunakan peluang itu untuk mengulangi sokongan penuh Bersatu Johor kepada Presiden parti, Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Sementara itu, dari Terengganu, Ketua Bersatu negeri, Razali Idris, turut menyuarakan pendirian yang sama.<\/p>\n<p>Razali menekankan bahawa sebarang prosiding disiplin perlu dijalankan dengan telus dan adil.<\/p>\n<p>\u201cSeba\u00adrang kelewatan atau kelonggaran dalam menangani isu seperti ini hanya akan merosakkan integriti parti di mata ahli dan orang ramai,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Razali turut menegur mana-mana pemimpin yang membawa isu parti ke khalayak ramai.<\/p>\n<p>\u201cSebarang rasa tidak puas hati atau pembelaan perlu dibangkitkan melalui saluran yang betul, iaitu prosiding di hadapan jawatankuasa disiplin, bukan melalui sidang media atau kenyataan terbuka yang melemahkan imej parti,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Kenyataan-kenyataan ini menunjukkan tekanan dalaman yang semakin meningkat kepada pimpinan tertinggi Bersatu untuk menguruskan krisis ini dengan segera bagi mengekalkan perpaduan dan kewibawaan parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suasana dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi tegang ekoran desakan agar tindakan disiplin segera diambil terhadap Wan Saiful Wan Jan. Desakan agar tindakan diambil selepas Wan Saiful mengkritik secara terbuka Setiausaha Agung parti, Azmin Ali, berhubung sebuah video kontroversi lama pada 2019 dan kenyataannya menyerang pemimpin parti secara terbuka. Ketua Bersatu Johor, Sharuddin Jamal, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[799,73,886,1184,885,1879],"authors":[],"class_list":["post-3783","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azmin","tag-bersatu","tag-disiplin","tag-serang","tag-tindakan","tag-wan-saiful-wan-jan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3783","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3783"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3783\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3784,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3783\/revisions\/3784"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3783"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3783"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3783"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3783"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}