{"id":3790,"date":"2025-09-30T04:15:51","date_gmt":"2025-09-30T04:15:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3790"},"modified":"2025-09-30T04:15:51","modified_gmt":"2025-09-30T04:15:51","slug":"jemputan-trump-dibuat-berlandas-konteks-asean-bukan-sokongan-peribadi-saifuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jemputan-trump-dibuat-berlandas-konteks-asean-bukan-sokongan-peribadi-saifuddin\/","title":{"rendered":"Jemputan Trump dibuat berlandas konteks ASEAN, bukan sokongan peribadi: Saifuddin"},"content":{"rendered":"<p>Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump perlu dilihat daripada perspektif kepengerusian Malaysia di ASEAN, dan bukan sebagai satu sokongan peribadi terhadap pemimpin itu.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, akan berucap mewakili konsensus sepuluh negara anggota ASEAN yang mempunyai 680 juta penduduk, dan bukannya semata-mata mewakili hubungan dua hala Malaysia-AS.<\/p>\n<p>\u201cPresiden Trump datang bukan atas kapasiti hubungan dua hala Malaysia-Amerika semata-mata. Perdana Menteri hadir sebagai ketua kepada satu rantau besar dengan 680 juta penduduk, ekonomi yang stabil dan robust, untuk berdepan dengan pemimpin dunia lain,\u201d jelas Saifuddin semasa berucap di Himpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN).<\/p>\n<p>Mengulas bantahan terhadap kehadiran Trump yang menyokong Israel, Saifuddin mengajak orang ramai menilai isu tersebut secara matang dan berhikmah.<\/p>\n<p>\u201cAllah arahkan supaya berhujah dengan bahasa lemah-lembut. Siapa pemimpin yang paling kejam satu ketika dulu? Firaun. Tapi apa Tuhan suruh? Pergilah berjumpa Firaun dan berhujahlah dengan bahasa lemah lembut,\u201d katanya, menekankan kepentingan dialog berdepan.<\/p>\n<p>Saifuddin turut merujuk kepada sebuah hadis yang menyatakan bahawa jihad terbesar adalah menyampaikan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim.<\/p>\n<p>\u201cJihad yang paling besar ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang jahat. Tiba-tiba interaksi dengan pemerintah yang jahat dikatakan sebagai kita bersahabat dengan syaitan? Nak sampaikan pendirian kita bagaimana kalau tidak berdepan?\u201d soal beliau.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan sidang kemuncak itu adalah platform untuk Malaysia dan ASEAN menyuarakan pendirian mereka secara terus, termasuk isu Palestin.<\/p>\n<p>\u201cKita boleh sebut dengan tegas, dia duduk depan kita, kita kata kita mengutuk serangan ganas, kita kutuk dasar yang menyokong Israel,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Penegasan itu menyusul kenyataan Perdana Menteri Ahad lalu yang menempelak pihak mempertikaikan jemputan tersebut, sambil menegaskan platform diplomasi itu akan digunakan untuk terus memperjuangkan isu Palestin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump perlu dilihat daripada perspektif kepengerusian Malaysia di ASEAN, dan bukan sebagai satu sokongan peribadi terhadap pemimpin itu. Menteri Dalam Negeri berkata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, akan berucap mewakili konsensus sepuluh negara anggota ASEAN yang mempunyai 680 juta penduduk, dan bukannya semata-mata mewakili hubungan dua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":369,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,13,221,1110,18,581,222],"authors":[],"class_list":["post-3790","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika","tag-anwar","tag-asean","tag-donald-trump","tag-pmx","tag-presiden","tag-sidang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3790","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3790"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3790\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3791,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3790\/revisions\/3791"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/369"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3790"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3790"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3790"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3790"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}