{"id":3797,"date":"2025-09-30T07:29:09","date_gmt":"2025-09-30T07:29:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3797"},"modified":"2025-09-30T07:29:59","modified_gmt":"2025-09-30T07:29:59","slug":"10-adun-bersatu-selangor-desak-tindakan-tegas-ke-atas-wan-saiful-pecat-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/10-adun-bersatu-selangor-desak-tindakan-tegas-ke-atas-wan-saiful-pecat-segera\/","title":{"rendered":"10 ADUN Bersatu Selangor desak tindakan tegas ke atas Wan Saiful, pecat segera"},"content":{"rendered":"<p>Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Selangor menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dan tiga lagi pemimpin parti berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan bersama, 10 ADUN Bersatu menggesa Wan Saiful dan tiga lagi ketua bahagian dipecat kerana penglibatan dalam usaha terancang untuk menjatuhkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, melalui gerakan akuan bersumpah (SD).<\/p>\n<p>Malah, merekajuga mendakwa kini terdapat percubaan untuk memutar belit fakta dan mengubah naratif selepas komplot tersebut didakwa gagal.<\/p>\n<p>\u201cPenipuan tidak boleh ditutup dengan siri penipuan baharu. Tindakan ini mestilah berbentuk pemecatan serta-merta daripada parti demi menjaga disiplin, integriti dan maruah perjuangan,\u201d tegas kenyataan itu.<\/p>\n<p>Selain Wan Saiful, tiga lagi pemimpin yang dikaitkan dengan percubaan tersebut ialah Ketua Bahagian Sepang, Suhaimi Ghazali; Ketua Bahagian Ampang, Isa Saidi; serta Ketua Bahagian Ipoh Timur, Muhd Fadhli Ismail.<\/p>\n<p>Kumpulan ADUN itu turut menegaskan Wan Saiful sepatutnya memberi tumpuan untuk berdepan dengan kes mahkamahnya sendiri.<\/p>\n<p>\u201cWan Saiful bukan saja sudah disiasat, malah kini berdepan dengan pendakwaan di mahkamah atas pertuduhan menggelapkan wang jutaan ringgit.<\/p>\n<p>\u201cPendakwaan ini membuktikan pihak berkuasa mempunyai asas kukuh dan beliau wajar menjawab pertuduhan tersebut di muka pengadilan,\u201d jelas mereka.<\/p>\n<p>Mereka juga membela Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali, berhubung isu ketulenan klip video yang didakwa telah disiasat sepenuhnya oleh PDRM.<\/p>\n<p>\u201cPada 9 Januari 2020, Peguam Negara ketika itu sudah mengesahkan bahawa selepas meneliti semua bukti dan keterangan, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan tiada kes untuk pertuduhan.<\/p>\n<p>\u201cSyor itu diterima oleh Peguam Negara dan memutuskan tiada sebarang pendakwaan dibuat,\u201d kata kenyataan itu.<\/p>\n<p>Gesaan ini ditandatangani oleh kesemua sepuluh ADUN bagi mendesak Lembaga Disiplin Bersatu bertindak pantas demi menjaga integriti dan maruah parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Selangor menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dan tiga lagi pemimpin parti berkenaan. Dalam kenyataan bersama, 10 ADUN Bersatu menggesa Wan Saiful dan tiga lagi ketua bahagian dipecat kerana penglibatan dalam usaha terancang untuk menjatuhkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,73,1846,71,276,96,1879],"authors":[],"class_list":["post-3797","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-bersatu","tag-mohamed-azmin-ali","tag-muhyiddin","tag-pecat","tag-selangor","tag-wan-saiful-wan-jan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3797","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3797"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3797\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3799,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3797\/revisions\/3799"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3797"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3797"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3797"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3797"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}