{"id":3829,"date":"2025-10-01T07:46:12","date_gmt":"2025-10-01T07:46:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3829"},"modified":"2025-10-01T07:46:12","modified_gmt":"2025-10-01T07:46:12","slug":"audio-tular-dakwa-hadi-awang-namakan-hamzah-calon-pm-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/audio-tular-dakwa-hadi-awang-namakan-hamzah-calon-pm-laporan\/","title":{"rendered":"Audio tular dakwa Hadi Awang namakan Hamzah calon PM: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Isu rakaman audio yang mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mencalonkan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, sebagai calon Perdana Menteri (PM) Perikatan Nasional (PN) terus menjadi bualan.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, bagaimanapun, enggan mengesah atau menafikan dakwaan tersebut yang tular di dalam media sosial mengenai rakaman bocor itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata tanggungjawab untuk membuktikan dakwaan itu terletak sepenuhnya pada pihak yang membuat tuduhan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSiapa yang mendakwa tu, dialah berhak membuktikan. \u2018The burden of proof is on the prosecution lah\u2019, siapa yang mendakwa tu dia kena jawab lah,\u201d katanya dipetik laporan emdia.<\/p>\n<p>Ketika ditanya mengenai pertemuan yang didakwa melibatkan pemimpin tertinggi kedua-dua parti, Takiyuddin menyifatkan pertemuan sedemikian sebagai suatu kelaziman.<\/p>\n<p>\u201cKita dalam Perikatan Nasional (PN) sentiasa ada perjumpaan dengan Gerakan, dengan MIPP, apatah lagi dengan Bersatu. Jadi bagi kita, perjumpaan tu adalah perkara biasa lah, bukan perkara yang asing,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau sekali lagi menekankan pendirian rasmi parti yang didukung oleh Hadi Awang, iaitu PN perlu menumpukan usaha untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) terlebih dahulu.<\/p>\n<p>\u201cPresiden PAS kata kita tak nak menamakan siapa pun sebagai Perdana Menteri. Kita nak menang PRU-16 dulu. Perdana Menteri datang kemudian,\u201d ulas Takiyuddin.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan keputusan muktamad berkenaan calon PM hanya akan dibuat secara kolektif oleh kepimpinan PN dan sehingga kini tiada sebarang keputusan diambil.<\/p>\n<p>\u201cKita ramai calon-calon Perdana Menteri, bukan satu je. Saya rasa tak timbul benda tu,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, satu klip audio tular di aplikasi WhatsApp memaparkan suara yang mirip seorang pemimpin Bersatu mendakwa cadangan tersebut telah dikemukakan oleh Hadi Awang dalam satu pertemuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu rakaman audio yang mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mencalonkan Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, sebagai calon Perdana Menteri (PM) Perikatan Nasional (PN) terus menjadi bualan. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, bagaimanapun, enggan mengesah atau menafikan dakwaan tersebut yang tular di dalam media sosial mengenai rakaman bocor itu. Beliau berkata tanggungjawab untuk membuktikan dakwaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":873,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,136,1035,126,197,541],"authors":[],"class_list":["post-3829","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-calon","tag-hamzah-zainuddin","tag-pas","tag-perdana-menteri","tag-perikatan-nasional"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3829","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3829"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3829\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3830,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3829\/revisions\/3830"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3829"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3829"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3829"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3829"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}