{"id":3840,"date":"2025-10-01T11:03:46","date_gmt":"2025-10-01T11:03:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3840"},"modified":"2025-10-01T11:03:46","modified_gmt":"2025-10-01T11:03:46","slug":"dakwaan-laporan-malaysiakini-melibatkan-akaun-fb-perdana-menteri-disangkal-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dakwaan-laporan-malaysiakini-melibatkan-akaun-fb-perdana-menteri-disangkal-fahmi\/","title":{"rendered":"Dakwaan laporan Malaysiakini melibatkan akaun FB Perdana Menteri disangkal: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan secara rasmi menolak laporan Malaysiakini yang mendakwa wujudnya tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) di laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, pihak Meta, syarikat induk Facebook mengesahkan kesemua 263 akaun yang didakwa tidak sahih itu sebenarnya adalah akaun tulen dan beliau sendiri bertindak mendapatkan pengesahan terus daripada pihak Meta.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah membuat pengesahan dengan Meta yang mana pihak itu mengesahkan 263 akaun yang dikaitkan dengan CIB itu tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cAnalisis pasukan khas Meta yang memantau isu berkaitan CIB juga mendapati tiada tindakan diambil,\u201d jelasnya dalam sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan dakwaan Malaysiakini berhubung dua halaman Facebook mereka diturunkan oleh Meta adalah tidak berasas.<\/p>\n<p>\u201cMeta juga tidak menurunkan sebarang halaman Facebook milik Malaysiakini. Malah, Meta turut memaklumkan tiada wakil Malaysiakini menghubunginya bagi membangkitkan isu berkenaan,\u201d tambah Fahmi sambil menekankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga tidak menerima sebarang laporan berkenaan perkara tersebut.<\/p>\n<p>Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyiasat dakwaan CIB tersebut, Fahmi dengan tegas menyatakan keyakinannya terhadap ketelusan Meta.<\/p>\n<p>Beliau mengalih perhatian kepada isu yang dianggapnya lebih mendesak, iaitu keselamatan kanak-kanak di alam siber.<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, penyelesaian isu keselamatan dalam talian, khususnya membabitkan kanak-kanak, adalah perkara paling utama. Realitinya sistem pengesahan elektronik (eKYC) di platform berkenaan tidak dilakukan seperti sepatutnya,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Mengenai dakwaan pengulas politik, Murray Hunter, yang mendakwa ulasannya dipadamkan, Fahmi berkata beliau belum menerima sebarang maklumat dan akan menyemak perkara itu dengan MCMC terlebih dahulu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan secara rasmi menolak laporan Malaysiakini yang mendakwa wujudnya tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) di laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, pihak Meta, syarikat induk Facebook mengesahkan kesemua 263 akaun yang didakwa tidak sahih itu sebenarnya adalah akaun tulen dan beliau sendiri bertindak mendapatkan pengesahan terus daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3841,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1087,13,1906,1009,49,184,18],"authors":[],"class_list":["post-3840","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akaun","tag-anwar","tag-cib","tag-facebook","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3840","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3840"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3840\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3842,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3840\/revisions\/3842"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3841"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3840"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3840"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3840"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3840"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}