{"id":3865,"date":"2025-10-02T08:03:54","date_gmt":"2025-10-02T08:03:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=3865"},"modified":"2025-10-02T08:03:54","modified_gmt":"2025-10-02T08:03:54","slug":"malaysia-perkenal-modul-untuk-asean-perangi-berita-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-perkenal-modul-untuk-asean-perangi-berita-palsu\/","title":{"rendered":"Malaysia perkenal modul untuk ASEAN perangi berita palsu"},"content":{"rendered":"<p>Satu modul latihan khas bagi memerangi berita palsu dijangka diterima pakai oleh negara-negara ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung tidak lama lagi.<\/p>\n<p>Modul ini diharap dapat menjadi senjata ampuh menangani ancaman maklumat salah dan disinformasi yang semakin berleluasa.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata modul berkenaan dibangunkan dalam Seminar on Developing Training Module for Combating Fake News in ASEAN 2025 yang berlangsung di ibu negara.<\/p>\n<p>Beliau yakin inisiatif ini akan menyumbang ke arah menjadikan ASEAN sebuah rantau yang bukan sahaja makmur, malah lebih selamat.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap modul ini dapat membantu memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang neutral dan makmur, yang memanfaatkan Internet lebih pantas, tetapi juga yang lebih penting, memastikan Internet lebih selamat iaitu bebas daripada berita palsu, penipuan, dan khususnya lebih selamat untuk kanak-kanak,\u201d ujar Fahmi ketika berucap pada majlis perasmian seminar berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah, kita akan menerima pakai modul ini menerusi Deklarasi Kuala Lumpur yang akan ditandatangani pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab terhadap Maklumat (AMRI) pada Sidang Kemuncak ASEAN dalam tempoh 24 hari akan datang,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan menekankan dunia kini berdepan dengan \u2018infodemik\u2019 dimana era platform media sosial yang pelbagai arah ini, penyebaran berita palsu telah memberi kesan yang sangat melemahkan.<\/p>\n<p>\u201cItulah sebabnya di Malaysia kita mengambil langkah proaktif dengan menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dengan undang-undang yang jelas, tidak boleh membenarkan penyebaran berita palsu yang disebarkan melalui platform mereka,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Modul yang dibangunkan oleh Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) dengan kerjasama Institut Pembangunan Penyiaran Asia-Pasifik (AIBD) itu merangkumi lima teras utama, termasuk Memahami Salah Maklumat Moden, Salah Maklumat Dipacu AI dan Deepfake, serta Semakan Fakta dan Pengesahan Digital.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu modul latihan khas bagi memerangi berita palsu dijangka diterima pakai oleh negara-negara ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Modul ini diharap dapat menjadi senjata ampuh menangani ancaman maklumat salah dan disinformasi yang semakin berleluasa. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata modul berkenaan dibangunkan dalam Seminar on Developing Training Module [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":369,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[221,1545,49,1912,1913],"authors":[],"class_list":["post-3865","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asean","tag-berita-palsu","tag-fahmi-fadzil","tag-modul","tag-summit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3865","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=3865"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":3866,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/3865\/revisions\/3866"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/369"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=3865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=3865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=3865"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=3865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}